Setelah Man City hanyut dengan Sunderland kelmarin, persaing terdekat beralih kepada Chelsea. Jarak kita dengan Chelsea masih belum selamat kerana hanya 2 mata terpisah. Drama kejar-mengejar bakal berlaku sampai penghujung musim . Kedudukan rapat menginsafkan Brendan bahwa pasukan kita tak boleh hilang fokus, hanya kerana masih kekal disingggahsana Liga Perdana, setelah mencatat 10 perlawanan menang berturut-turut sebelum ini.
Pasukan Chelsea bakal berjumpa Sunderland minnggu ini dan pasukan kita pula berkunjung ke sarang Norwich Si Kenari, di Carrow Road. Rekod Kenari dengan Liverpool kalau ikut sejarah lampau sangat memihak kepada Liverpool. Tambahan pula, Suarez sangat gemar buat hatrik dan cukup ong depan gawang Kenari. Kiranya memang Liverpool akan jadi pilihan ramai bukan menang biasa-biasa, tapi menang dengan gol berkarung-karung.
Liverpool mempunyai 2 masalah yang agak merencatkan pemburuan saat akhir kejuaraan Liga. Kecederaan Sturridge dan Henderson yang digantung perlawanan. Bagi kes Henderson, mungkin tiada masalah sangat kerana Allen atau Lucas boleh mainkan peranan. Tetapi bagi kes Sturridge memang agak rumit kerana bila jengok bangku simpanan, rasa ngeri meremang bulu ketiak sebab yang ada cuma Aspas dan Moses.
Saya dah boleh dapat agak ini kali Brendan bakal menyusun taktikal dan formasi baru akibat tanpa 2 pemain utama itu. Saya ada terfikir yang Liverpool cuma perlu masukkan salah seorang dari Allen atau Lucas dan biarkan Sterling jadi pasangan baru Suarez. Coutinho main dibelakang Suarez dan Sterling, dengan mengharap Coutinho oleh jolok gol macam lawan City.
Rileks dulu jangan terlalu ghairah. Gerrard beri amaran kepada semua yang perlawanan dengan Norwich ibarat Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara. Saya tak tahu adakah Gerrard mensaikokan rakan-rakan atau dia merendah diri untuk bagi Norwich syok sendiri. Pasukan Norwich sekarang masih tak selamat ditangga ke-17. Saya yakin mereka main macam tiada esok bagi mereka. Lagipun Norwich bukan main atas kerusi roda.
Brendan kena tegas sikit dengan pemain serangan, elakkan sikap Mazmumah, yakni nilai ketamakan untuk sumbat gol sorang-sorang. Kalau Norwich main terbuka macam sebelum ini,mungkin tamak haloba pemain tak terasa sangat Contoh lah kalau Norwich ubah taktik, main berkubu depan gol ramai-ramai, silap haribulan ketamakan akan makan diri. Harap Dr Peter dah basuh kepala pemain pasal hal tamak haloba ini.
Norwich City 0-3 Liverpool # YNWA!
ReplyDeleteLiverpool 4-1 Norwich
ReplyDeleteKenari kedah ke, kenari norwich..
ReplyDeleteKih3...
Burung kuning 0-3 Burung merah
ReplyDeleteLiv 5-0 normah..
ReplyDelete>ayen<
Liv 3 - 1 norwich
ReplyDeleteAnother goal-party. 5-0
ReplyDeleteLiverpool menang 8-2
ReplyDeleterajamerseyside
Norwish 1-3 liverpool
ReplyDeletezam
liverpool 3-0 Norwich da ckup da..yg penting menang.
ReplyDeleteNorwich 2-4 THE REDS
ReplyDeleteBr Cuba amik rilek 2nd half SBB nk rehatkn pemain utk jadual Chelsea nnt, tp suarez awal2 da boh 2 biji 1st half, Liverpool Champion 4-1 Norish Karman,. -Cute tinho10-
ReplyDeleteNorwich 0 - 7 Liverpool
ReplyDelete-Ayhku-
norwich 0 - 3 liverpool
ReplyDelete- azlan86 -
Chelshit kalah..
ReplyDeleteNampaknya makin cerah jd champion kali nie..
Ynwa!!
Liv 4-0 Norw
ReplyDelete-stan-
TheReds 5-Kenaris 2
ReplyDelete-shah_2134-
Norwich 2 - 4 Liverpool
ReplyDelete_DiDi Laborteaux_