Brendan Rodgers beli Iago Aspas sebagai pengganti Fabio Borini. Ini kerana beliau tak nampak Borini boleh masuk dalam taktikal, apatah lagi memberikan tentangan sengit buat Suarez dan Sturridge. Itu cerita musim lepas, bila templet Liverpool macam Swansea, memanglah tak kena langsung dengan cara main Borini. Pembelian Aspas bukan tangkap muat, tetapi penuh risikan terperinci dan memang kita anggap seorang pemain macam Michu dah kita beli musim ini.
Tapi bila dah dipinjamkan Borini ke Sunderland, Brendan dah tukar pulak dah, mungkin dah nampak tiki-taka bukan boleh bawa Liverpool jauh. Musim ini Brendan ejas dan tiru macam Borussia Dortmund. Dan hasilnya, Aspas yang mungkin sesuai dengan tiki-taka, pula tak boleh masuk dengan corak permainan laju dan agresif. Kebetulan ramai yang setuju, kalaulah Borini main dengan corak sekarang, sekurang-kurangnya ada juga fungsinya sebagai pemain impak.
Statsitik perbandingan keduanya setakat perlawanan sebelum ni setara. Borini musim lepas dan Aspas musim ini dapat bermain 13 perlawanan dan masing-masing hanya berjaya mecetak 1 gol. Kita boleh anggap mereka tak dapat peluang sewajarnya mengikut, perkiraan jumlah perlawanan, namun untuk bermain dalam kelab besar macam Liverpool, setiap peluang yang diberikan hendaklah dipergunakan sewajarnya. Rekod Liverpool dengan pemain simpanan bagus tak caya sila google. Namun 2 musim dengan Borini dan kemudiannya Aspas, tak ada produktivi yang meyakinkan kita bahawa mereka mampu kekal.
Saya salut Aspas. Dia sedar diri. Dia cakap dia bukan muda lagi macam 20an, yang masih punyai masa untuk tunggu dan meraih peluang. Dari duduk panaskan bangku simpanan, tanpa sumbangan secara langsung kepada pasukan, baik dia bawa diri untuk cari tempat yang mahukan khidmat beliau sebagai pemain utama. Aspas mungkin cocok ke Swansea, namun secara realistiknya La Liga adalah gelanggang yang lebih mudah kerana dia dah terbiasa disana.
Borini musim depan masih belum dapat disahkan bakal kembali atau dijual untuk dapat balik modal. Saham beliau makin naik sebab rajin serta paling orang minat ialah dia meletop dalam perlawanan besar. Bermain sebagai penyerang, tugasan beliau ialah cetak gol, dan sebab penyudah beliau agak kurang menyengat, agak sukar Borini kembali dalam firasat saya. Kerajinan Borini tak boleh disamakan dengan Kuyt, sebab lejen kita itu memang punyai penyudah bagus padahal dia main luar posisi.
Motivasi adalah satu perkara yang dibuat Brendan musim ini keatas beberapa pemain yang agak suram musim lepas. Ramai yang bangun dari tidur. Tapi bagi pemain yang tak bernasib baik, mereka dipinjam keluar, walaupun skuad kita makin mengecil. Namun bagi kes Aspas dan Borini, ianya agak kompleks dan perancangan Brendan hanya bakal ditentukan selepas sesi pemanas badan, pra-perlawanan musim depan. Namun jika diberi pilihan pastinya Brendan mahu pemain bekap utuk SAS, yang lebih memuaskan dari mereka berdua.
Memang benar, penampilan mereka berdua tidak terlalu bagus. Borini masih standar, sedangkan Aspas lebih banyak duduk di bench. Saya tak yakin apakah mereka akan tetap dipertahankan Rodgers musim depan, mungkin mereka akan dijual
ReplyDeleteKita perlu supersub/impact player yg lebih bagus musim depan
ReplyDeleteYup, semoga di bursa transfer musim panas, kita tak lagi kesusahan beli pemain karena Liverpool sangat buat kecewa kita semua januari lalu,
ReplyDelete