Norwich 2-3 Liverpool |
Dengar sini,
ianya dah berakhir.
Kita akan ke Norwich.
Sama seperti ini juga.
Kita hadapi bersama.
Ayuh!
Sebelum perlawanan dengan Norwich, Liverpool telah menerima bantuan secara tak langsung dari Sunderland. Mulanya pasukan Kucing Hitam itu telah mencakar Man City untuk keputusan seri 2-2. Keputusan tersebut mengakibatkan City kantoi 9 mata walaupun masih baki 2 perlawanan ditangan. Kelmarin satu lagi kejutan dari geng Kucing Hitam apabila mereka menggigit Chelsea untuk kemenangan bersejarah 2-1. Conor Wichkam dan Ejen 007, Fabio Bondrini telah memastikan Chelsea agak letih untuk mengejar Liverpool dengan perbedaan 5 mata.
Pasukan kita bertandang ke Carrow Road, tanpa 2 tonggak utama iaitu Sturridge dan Henderson. Tapi itu tak ada hal, pasukan kita ada beberapa pemain dari bangku simpanan yang bila-bila masa boleh masuk terus dalam kesebelasan utama. Nak tahu sebab apa, ianya kerana pasukan kita terlalu fleksibel dan bila ada pemain keluar masuk, formasi mungkin sikit berubah namun dari segi permainan setiap pemain tahu fungsi mereka untuk pasukan. Allen dan Lucas dibawa masuk dan formasi 4-3-2-1 atau Pokok Krismas menjadi sandaran.
Mignolet
Johnson-Skrtel-Sakho-Flanagan
Lucas-Gerrard-Allen
Sterling-Coutinho
Suarez
Liverpool bermula dengan permainan rancak seawal permainan. Permainan Liverpool sebegitu pantas dengan pertukaran demi pertukaran hantaran sesama pemian membuatkan Norwich menjadi penonton. Seawal minit ke-4, gerakan dari Coutinho disebelah sayap kiri membuka hantaran kepada Sterling yang berada ditengah. Setelah menerima hantran pendek Coutinho, Sterling melakukkan larian dan bila nampak nampak beberapa pemain pertahanan Norwich datang menyerbu, lantas beliau melakukan rembatan padu, tanpa dapat diselamatkan oleh Goli Norwich. 1-0, Sterling meraikan gol dengan meluru kepada Brendan Rodgers.
Selepas itu ada beberapa percubaan bahaya terutamanya dari Liverpool dengan paling ketara ialah rembatan Allen ditepis goli Norwich. 5 minit berselang, rezeki gol Liverpool datang lagi. Kali ini gerakan Flanagan dari bawah membawa bola dan melebarkan kepada Sterling yang berlari disebelah saya kiri. Dia nampak Suarez dalam posisi terbaik dan melakukan hantaran lintang ketengah dan Suarez dengan penuh bergaya menguis perlahanan namun ianya sedikit mengelirukan goli Norwich. Separuh masa tamat dengan Liverpool menjarakkan dengan jaringan 2-0 dan Suarez pula menambah koleksi peribadi kepada 30 gol.
Separuh masa kedua bermula dengan penguasaan bola masih diterajui Liverpool. Namun begitu tempo perlawanan sudah kurang rancak. Rasanya Norwich sudah menjumpai formula untuk merobek gawang Liverpool. Liverpool agak lemah dengan serangan bola tinggi, dan Norwich menghukum kesilapan amatur pertahanan dan goli kita. Sepakan lambung dari bek kanan Norwich mencari penyerang Norwich, namun salah faham antara Skrtel dan Mignolet meluru celen bola, namun kantoi dan bola jatuh betul-betul depan penyerang Norwich dan mereka bangkit dengan gol Hooper, 1-2.
Gol pembuka semangat itu membuatkan Norwich makin rancak melakukan serangan. Liverpool membiarkan dan bertahan seketika setelah Norwich dah menguasai permainan. Dengan satu kesilapan yang dilakukan pertahanan Norwich yang melakukan hantaran ceroi. Sterling menyambar bola dan melakukan larian solo mengelirukan pemain pertahanan Norwich dan bila sampai hampir ke pintu gol, lantas beliau cuba melakukan sepakan, namun bek Norwich cuba mengagalkan sepakan namun terbias kedalam gol dan goli Norwich hanya mampu menepis angin. Liverpool kembali menjarakkan gol dengan 3-1.
Semangat tak mahu mengalah awal Sang Kenari, memang membuatkan Liverpool agak tertekan walaupun mendahului dengan kelebihan 2 gol. Gerakan berbahaya Norwich banyak disebelah Johnson, dan gol kedua mereka hadir kerana pemain kita tak mengasak pemain mereka dari melakukan hantaran lintang. Hantaran jauh dari pemain Norwich mencari Snodgrass. Beliau melonjak tinggi dan Flanagan tidak beri tentangan mengakibatkan pemain Norwich itu menanduk masuk gol ke-2 Norwich. Setelah gol itu Liverpool telah melakukan pertukaran memasukkan Agger bagi menggagalakn serangan udara Norwich dan Liverpool berjaya membawa keputusan 3-2 sampai wisel penamat dibunyikan.
Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata berharga. Kemenangan berharga ini memang membuatkan ramai gembira, namun ada kelopongan yang jelas dibahagian pertahanan perlu diperbaiki. Saya tak salahkan individu, namun kena pastikan tiada lagi silap faham antara pemain kita. Dengan keputusan ini makin kian paniklah Chelsea dan Man City kerana pasukan kita makin menjarakkan mata. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan walaupun hanya tinggal 3 perlawanan lagi. Tekanannya ibarat kita sedang menghadapi 3 perlawanan Final merebut piala.
agak terasa kehilangan handerson... Allen dengan lucas boleh bertahan tapi tak sama stamina handerson yang sentiasa tutup ruang awal2 lagi fuh!
ReplyDeletetapi permainan liverpool yang selalu tukar tukar hantaran kat bawah boleh makan diri.. memandangkan johnson yang slow dan sackho yang gabra control bola
aku tak tau mignolet ada baca komen Grobbelaar, tapi aku tak rasa itu membantu bahkan boleh merosakan permainan dikala saat sangat genting, lain kali kalau nak nasihat nasihat awal2 skit..
seri dgn chelsea dan menang dgn crystal palace dah cukup.
ReplyDeletebola tinggi merupakan masalah utama liverpool sejak awal season lagi. aku harap rodgers ada formula atasi masalah ini untuk 3 game akan datang.
ReplyDeleteprestasi mignolet dgn johnson semalam paling menakutkan.. coutinho patut main 90 minit. YNWA!!!
ReplyDeleteBetul betul..bola tinggi beri banyak masalah kat Liverpool. BR kena cepat2 cari formula sbb nanti si pihak lawan dah tahu kelemahan kita ni....sangat takut utk difikirkan (Game semlm pun buat aku sudah ada simpton2 nak sakit jantung). Lagipun kita akan berhadapan dgn Chelsea (hope sgt diorg tumpu lebih kat champion league tu..hihihi) dan Istana Kristal yg bg aku umpama giant killers. Defend kita memang perlu byk latihan tubi + kaunseling mcm mana nak berkomunikasi sesame sendiri, byk error sbb diorg tak ader telepati mcm kitanyer bahagian serangan (Tang ni aku rindu lak ngan Si Reina dan Carragher)
ReplyDeleteps: Naper BR masukkan Moses....dia ni lately nampak mcm x berminat nak main betul2 jer...baik masuk Texeira ke...Alberto ke..Aspas ke..)
entahnya!! aku rasa menyampah betul bila BR masukan moses, tak ada faedah, nak kata untuk serang pon tak seberapa, nak defand pon tak rupa sgt, pemain chelsea lak tu, baik dia masukan sama ada alberto untuk develop ataupon aspas sekurang2nya nilai tinggi la skit kalau nak jual, ini main pon idak, jangan cakap gol. berapa ringgit nak jual tu?
ReplyDeletelepas ni memang team lain akan main bola cross jer, kelemahan utama team BR... Soalnya berapa banyak penyerang boleh cover gol yang defand lepaskan he he
Setelah ini LFC hanya perlu mengalahkan Chelsea dan Crystal Palace, itu mungkin dh cukup
ReplyDelete