Permainan saikologi "Insan Istimewa" Jose Mourinho telah kembali. Dia cakap bakal turunkan pasukan lemah menentang Liverpool ahad ini. Sebabnya fokus terpaksa diberikan untuk Separuh Akhir Liga Juara-Juara. Bila kita dengar cakap beliau, dengar boleh percaya barangkali tidak. Sebenarnya pasukan mereka tak lemah dari segi kekuatan keseluruhan kerana tanpa Cech, Terry dan Ramires, masih ramai lagi askar upahan Gurkha dalam skuadron mereka. Cara beliau cakap macam nak bagi percuma kemenangan, padahal mereka memerlukan kemenangan untuk terus cari sisa-sia mata nak bersaing sebagai pencabar Liga.
Jangan kita terasa dengan peribadi beliau yang angkuh dan penuh tipu-daya, kerana dalam bolasepak, kejujuran kadang-kala makan diri. Banyak benda yang saya tak setuju dengan Mourinho, tetapi saya suka, falsafah bolasepak yang mahukan kemenangan dalam apa jua keadaan. Mourinho boleh tiupkan semangat pemain dengan kata dua yang teramat makan dalam. Pemain utama yang rasa tak sanggup tahan cabaran dan bermain dalam tekanan, sila berambus. Pemain simpanan yang taknak jadi pemain utama dan terasa tak mampu naikan prestasi sila berambus juga. Jadi yang tinggal untuk berkhidmat hanya pejuang upahan yang sanggup hadapi perit-maung untuk berjaya.
Apa sekalian peminat Liverpool lupa dari mana Brendan Rodgers belajar ilmu mantik saikologi pemain. Dia anak didik Mourinho yang paling berjaya selain, Villas Boas dan Roberto DiMatteo. Ingat tak lagi cabaran 3 sampul surat yang cukup merapu musim lepas. Cabaran itu tak mendatangkan faedah tetapi telah mendatangkan trauma kepada pemain. Namun usaha terbaru lebih kreatif musim ini memasukkan seorang Pakar Motivasi dan Saikologi, Dr Steve Peters, memberikan impak sebab pasukan kita mempunyai segalanya kecuali kekuatan mental. Bila itu diperbaiki, masalah kian selesai.
Perlawanan nanti bagi saya bakal sengit. Tengoklah kualiti serangan pasukan kita dan Cheslea. Boleh dikatakan setara kerana kelebihan Liverpool punyai penyerang kreatif tetapi bahagian tengah yang palingb rajin. Berbanding Cheslea, mereka punyai ramai pemain tengah yang kreatif, namun penyerang hanya bagi cukup korum. Semua itu tak berguna bagi Chelsea kerana mereka bakal main bertahan dan berkubu macam lawan Atletico Madrid tempohhari. Mourinho tahu jika main terbuka, mereka bakal terima aib macam Arsenal dan Spurs. Jadi pilihan mudah ialah main taktik buruk dan tunggu peluang cari gol dengan serang balas.
Hanya satu yang saya harap dari pasukan kita. Jangan buat perangai macam lawan Man City dan Norwich. Penyerang cukup bersusah payah hasilkan gol, namun kat bawah bocor kaw-kaw. Pertahanan Chelsea bukan maksum dari buat kesilapan, namun dalam perlawanan besar tahap kewaspadaan mereka cukup terbaik. Liverpool bukan setakat kena bubuh gol awal macam biasa, namun berjaga-jaga jangan terlalu alpa menyerang ramai-ramai. Cukup dengan Sterling dan Suarez kat atas dan dibantu Coutinho dibelakang mereka. Yang penting elakkan bolos banyak-banyak, kerana ianya bakal beri kesan dalam perbezaan gol jika seri mata dengan Man City untuk tentukan Juara Liga nanti.
Liv 2-1 chelsea
ReplyDeletezam
kmenangan menuju puncak kjyaan :p
Liverpool 2-1 Chelsea #YNWA!
ReplyDeletekali ni kita semua main selamat..hehe
ReplyDeleteLiverpool 2-1 Chelsea
Liv 1-0 Chelsea..
ReplyDeletePsikologi bkn saiko
ReplyDeleteterima kasih Che'gu
Deletecikgu bkan che'gu..kah3
Deletesilap lagi adoi.. hahaha
DeleteRamai cikgu bahasa jadi pengikut blog ni rupanya #YNWA!
DeleteLiverpool 5-1 Chelsea
ReplyDelete-Sendoh-
Liv 2-0 chel
ReplyDeletealeym
liv 3-0 che
ReplyDelete>ayen<
Liverpool 3-0 Chelshit
ReplyDeleteLiv 2- 0 chelsea
ReplyDeleteMaybe this is the final. LFC 2-0 CHELSEA. #YNWA
ReplyDeleteThe Reds 3-The Blues 1
ReplyDelete-shah_2134-
Liverpool menang 1-0
ReplyDeleteRajamerseyside
Liv 3 chel 2
ReplyDeleteAsfardy Sanusi
The Reds 3-1 The Saiko
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLiverpool 4 - 1 Chelsea
ReplyDelete_DiDi Laborteaux_