Kita dah kembali kepada asas. Pertahanan makin kemas dan bahagain tengah dah agak agresif dan kreatif. Cuma serangan belum bagi sumbangan gol secara konsisten. Harap maklum serangan kita bukan lagi dalam kontek penyerang macam versi SAS tapi tetapi sesiapa sahaja yang diberi kuasa untuk main dalam kawasan pertahanan lawan.
Nak harap Lambert sorang, mampus keras jadi macam lawan Sunderland. Kena kepung terus hilang entah kemana. Betulnya Lambert bukan pilihan utama, kalau ikut hirarki dia pilihan ketiga. Sturridge pilihan utama masih cedera, dibelakang beliau Balotelli pula tak boleh harap, dan Borini tak cedera tapi tak juga dapat peluang. Jadi tugasan cetak gol ditanggung bersama seantero skuad,
Bila teringat Basel punya tekanan, mesti semua nak kaitkan Olympiacos yang menjadi pembuka jalan ke Istanbul 2005. Jangan nak banding-banding sebab masa itu Liverpool = Steven Gerrard. Bukan pemain lain tak bagus, semua ada peranan memasing, tetapi Gerrard punya semangat dan pawer memberi rakan lain satu macam punya naik syeikh. Main macam baru lepas kena sekole "Cengkoroi Pendang", semua pasukan kena tiaw tak terkata.
Sekarang kederat Gerrard dah tak secargas dulu dan dia pula dah jadi liabiliti kepada pasukan sebab tekanan yang diberikan Brendan serta pemain lain masih dibayangi beliau. Kadang-kala dengar pemain lain komen yang mereka masih mahu Gerrard kekal lebih lama, saya sendiri jadi fobia. Mungkin pemain lain cakap beralas, tetapi kalau mereka cakap jujur, maknanya Gerrard dalam masalah besar. patutnya dia dah boleh rileks dan pelan-pelan boleh gantung but.
Kita mahu Brendan peka dengan sekeliling. Bukan terlalu berani atau terlalu takut untuk buat perubahan. Asas yang penting ialah dapatkan kembali kesefahaman dalam pasukan. Gerrard boleh satukan hati pemain, tetapi bukan tugas dia nak letak siapa yang efektif untuk lawan Basel. Cuma saya harap jika mahu peluang lebih cerah, tak payah pakai Lambert sehingga pemain Basel keletihan. Fizikal beliau lebih berguna pada saat nak serang kamikaze bila masa nak suntuk.
Sekarang fokus kepada perlawanan Basel teramat penting bagi Brendan. Itu masa depan beliau. Jika keluar dari persaingan pusingan kedua, saya rasa pihak pengurusan dah ada plan kontigensi atau senang cakap plan nak cari pengganti sebab alasannya sasaran tak tercapai. Sebab saya macam dengar-dengar yang pemilik mahu minima layak keperingkat kalah mati. Entahlah berita ini mungkin sekadar khabar angin. Kalau Brendan masi kekal selepas itu, harap-harap Januari dia pecah tabung dan pedulikan polisi anak ikan FSG yang hampeh itu.
fokus pada setiap game kemudian baru next game..sedar pada hakikat kita mesti menyokong pada Liverpool yang sekarang bukan liverpool yang dulu.
ReplyDeleteHarap jangan nanti mane2 geng kita dlm fb ke twitter ke berangan ckap "aku yakin peristiwa Olympiacos 2005 akan kembali" X pasal kne Troll kat page lain plak..haha
Ulasan yang baik tentang kapten kita Gerrard. Bagimana kalau beliau menjadi penyerang? Paling kurang kita ada fake striker mcm Kuyt buat masa zaman Daglish.. cume gerrard boleh galas lebih baik.. YNWA- Nazirul_Mubin
Amboi admin,produk negara makin laris di nikmati di seluruh dunia.Pemain bola pun menikmati nya.main seceweennn...
ReplyDelete