Raheem Sterling dibazirkan diposisi penyerang utama. Dia opsyen terakhir kerana kita tengok kalau Lambert atau Balotelli main, takkan boleh sampai satu masa kita menggungguli dengan 80% penguasaan permainan. Borini boleh main tapi dia main dengan emosi dan kad merah yang ditunjukkan saya rasa terbawa-bawa dengan perasaan kecewa sebab lama sangat tak diberi peluang. Saya rasa mungkin perlawanan dengan Arsenal perlawanan terakhir beliau, sebab diberitakan Origi bakal kembali serta-merta dari Lille Januari ini sebab klausa ambil-balik telah dibayar.
Jaringan Coutinho pada minit-minit terakhir memang sesuatu yang ditunggu sebab banyak kali Liverpool terlepas peluang. Dia bukan tak boleh buat gol, tapi teknik sepakan beliau banyak kali mengecewakan musim ini. Gol berpunca kesilapan pemain Meriam mengeluarkan bola, dan Henderson merampas bola dan melarikan bola dari belah kanan dan mencari Coutinho dengan hantaran tepat. Coutinho apa lagi, menggunakan trik acah-mengacah, tetapi masuk kedalam kotak dan melepaskan rembatan leret menjangkaui goli Arsenal yang hanya mampu berserah.
Gembira-gembira juga, pemain kita tiba-tiba jadi panik dengan serangan Arsenal yang terdesak cari gol. Betol si Sanchez kaki terjun. Namun masalahnya pemain kita masih kantoi dengan sepakan bebas. Kedudukan berselerak tanpa ada organisasi mantap. Tengoklah bola pertama dari Sanchez tak silap, berlaku perebutan Sakho dan Toure, ditanduk Giroud tak sempat dihadang Lucas, sampai kepada Debuchy yang pada saya menarik Skrtel, dan menanduk kena kepala Skrtel lalu terbias tanpa dapat Jones tepis. Sakit hati betul, sebab apa Arsenal dapat kembali keyakinan setelah dibuli sepanjang separuh masa pertama.
Separuh kedua tak banyak beza pasukan kita masih menyerang dengan baik, namun peluang banyak kantoi macam separuh pertama. Arsenal memulakan serangan kilat dari sebelah kanan Liverpool. Hantaran jauh Carzola mencari Giroud yang berada dilapisan 3-4 orang pemain Liverpool. Giroud mencari Sanchez yang bermain satu-dua kembali kepada Giroud untuk melakukan penyudah yang padu dicelah kangkang Jones. Ketika itu pemain Liverpool sedang lena dalam terjaga, sebab Arsenal hanya menyerang dengan 3 pemain, berbading pemain Liverpool seramai 5 orang berada dalam kawasan sendiri.
Penggantian Borini dan Lambert memang sesuatu yang positif dari Brendan. Cuma impak Borini tak sampai beberapa minit sebab dia mendapat kad merah yang memang tak berbaloi. Skrtel menjadi wira setelah buat tahi akan kedua-dua gol sebelum ini dengan tandukan padu. Memang betul Arsenal terlalu yakin nak dapat 3 mata di Anfiled. Sebab itulah pemain pertahanan mereka begitu ralit sampaikan Skrtel mampu melakukan tandukan bebas tanpa dicelen oleh sesiapa, walaupun Mertersaker cuba nak melompat tapi segalanya dah terlambat.
Banyak penambaikan nampak dalam perlawanan itu. Walaupun taklah seperti yang diharapkan, namun jika ada penyerang berkualiti dengan penyudah mantap, perlawanan ini boleh disudahi dengan 3-2 takpun 4-2. Kita boleh tengok pasukan macam Menyu dan Meriam hanya ada sikit sangat peluang tetapi mereka mampu dapat gol kerana punyai penyerang berkaliber. Saya harap Januari ini agenda penting ialah beli penyerang berkualiti, bukan tangkap muat. Disamping itu seorang penjaga gawang yang berpengalaman dan juga pemain tengah bertahan yang lebih baik dari Lucas.
Keeper kena cari jugak.
ReplyDeleteJones tahap2 liga australia je..
Betul tu..goli kita tahap kritikal doh disamping serangan yg sgt tumpul..harap BR dpt buat pembelian yg tepat untuk kejar sekurangnya top 4
ReplyDeletenampak macam BR dah mula nak sembuh balik... Harap dia tak sakit balik lepas ni... Turunkan player ikut merit ... Mat yo dan safee sali tak patut diturunkan ..
ReplyDelete