Setelah berbulan-bulan buat silap yang sama. Brendan akur yang kedegilan beliau takkan kemana. Selagi mana Sturridge belum pulih, hanya Lambert penyerang yang kita ada dan patut main sampai lebam. Betul Sterling terkial-kial nak cari rakan untuk mainkan bola sebab Lambert jauh dari bersedia untuk main hantaran pendek dan bertukar-tukar hantaran. Namun dalam pada itu Lambert mempunyai kelebihan dari pengalaman untuk bekerja sorang diri diatas. Bila letakkan Gerrard bebas tanpa posisi, saya tengok ada perubahan mendadak dimana Liverpool masih boleh cipta serangan walaupun dalam tempo perlahan.
Adakah Lucas jawapan kepada kemaslahatan yang selama ini membelenggu pasukan. Jawapannya ya untuk jangka pendek dan tidak untuk jangkamasa panjang. Pengalaman dan kebiasaan untuk main diposisi depan pertahanan kira macam kacang bagi beliau. Dia memang main kasar, namun kasar bukan tahap ganas tetapi Lucas memberikan kegerunan kepada pemain Leicester jangan harap nak ambil kesempatan. Sebenarnya jawapan jangka panjang ada pada West Ham sekarang. Alex Song pernah ditawar oleh Barcelona kepada kita, tetapi Brendan cakap tak perlu. Sebab dia dah ada Gerrard dan percaya Alex Song tak boleh berikan apa yang Gerrard berikan musim lepas. Sekarang kita tengok Song berjaya membawa West Ham dikedudukan yang sukar kita percaya.
Lallana menjadi inspirasi kebangkitan kita. Selepas gol Leicester, dengan gaya serangan berkecamuk, pada fikiran ketika itu amat mustahil serangan lembab kita dapat buat gol. Namun Lallana dengan selamba merembat padu ketika dalam kotak penalti ramai pemain ketika itu. Gerrard menambah gol untuk Liverpool medahului. Jika dia main bertahan, jangan haraplah gol klasik sebegitu dapat dijaringkan oleh beliau, Namun lebih dari itu gol Henderson bagi saya satu lagi kelebihan Gerrard yang melakukan hantaran lintang mencari Sterling namun tepisan goli Leicester kantoi dan Sterling bijak menunjal bola kebelakang untuk Henderson merembat gol ke-3 untuk membunuh impian Leicester untuk cari gol yang boeh bagi seri.
Kita tahu Brendan cukup rimas untuk main dengan taktik buruk. Dia pasti akan cari jalan untuk bertiki-taka kembali. Cuma kita harap selagi tidak punyai pilihan yang sesuai untuk main macam musim lepas, biar main buruk tetapi keputusan gempak. Kita mungkin rimas tengok hantaran tinggi bersimpang siur tanpa arah tuju, namun itulah yang terjadi jika kuda tua macam Lambert berada diatas. Apa pun juga kemenangan ini adalah satu pemangkin kepada Brendan untuk lebih bijak supaya menurunkan pemain atas kapasiti meritokrasi bukannya sentimen.
No comments:
Post a Comment