Semua pihak perlu kembali tenang. Keluar dari Liga Juara-Juara bukan bermakna dunia nak kiamat. Main lagi di Eropah cuma kali ini di kejohanan kelas kedua Piala Europa. Liverpool bukan main teruk sangat tetapi ada banyak silap dari percaturan oleh Brendan. Sejak dari pemilihan kesebelasan awal hinggalah pemain gantian, saya nampak Brendan hanya nampak hebat jika pemain hebat beliau miliki. Tapi jika pemain taraf sederhana dan anak ikan baru nak main kelab besar, hasilnya kita lihat pagi tadi.
Harus diingat, bolasepak lebih kepada bagaimana keputusan dari pertarungan pemain diatas padang, strategi dan falsafah bolasepak yang canggih masih belum boleh janjikan kemenangan. Itu hanya beberapa persen berkat dari latihan dan lebih penting bakat pemain. Pemain macam hebat macam Suarez dan Sturridge kita beli semasa kematangan dari segi umur dan pengalaman. Brendan hanya sesuaikan kebolehan mereka dengan taktik yang betul itu sahaja. Bila dah kena dengan taktik meletop-letop tak hingat. Tapi bila nak tunjuk terre guna taktik yang sama dengan pemain lembab macam Lambert dan Balotelli, hasilnya dah nampak. Tunggu nak melingkup.
Saya pernah cakap pasal Kenny Dalglish punya silap yang telah ditiru kembali oleh Brendan. Ianya bukan teori tetapi tabiat pelik jurulatih British kebelakagan ini. Houllier dan Rafa yang pernah melatih pasukan kita nampak lebih berhati-hati nak buat benda pelik-pelik dalam taktik dan guna pemain. Mereka tak bernasib baik sebab tak dapat dana melimpah-ruah. bajet ciput dan dapatlah pemain sederhana, namun ada juga yang kira berbaloi. Itupun kalau dilihat dari belanja dan piala yang dapat pualangan kira balik modal. Masing-masing pernah hampir menang Liga tapi duit punya pasal, kalau tak mungkin ada peluang.
Kesemua itu tak jadi masalah jika pemilik masih percaya dengan Projek Gajah Putih Brendan musim ini. Lagipun peraturan "MoneyBall" adalah datang dari kepala hangguk pengurusan juga. Ini juga faktor kenapa pembelian Brendan banyak yang tak menjadi.Beli pemain bukan sebab meningkatkan kualiti ksebelasan utama tetapi beli pemain muda yang ada harga untuk dijual balik jika tak menjadi. Ingat macam jual-beli Rumah Banglo kot, boleh bajet-bajet nak buat untung. Saya awal-awal lagi sangsi dengan strategi orang Amerika dalam bab beli pasukan bolasepak Liverpool. Kita tengok kat luar yang berjaya ialah Pak Syeikh Arab.
Dikatakan perlawanan dengan Manchester United nanti adalah tanda aras terakhir untuk Brendan akan kekal atau digantikan sebelum Januari 2015. Khabar angin kian kencang, sampaikan paling tak boleh percaya yang pengganti dah ada cuma tunggu masa sahaja yang sesuai untuk buat pengumuman rasmi. Nampaknya lagilah tekanan untuk Brendan. Kita kena faham sentimen kena letak sebelah dan profesional macam Brendan kena buktikan dia dapat berikan keputusan dan menepati sasaran untuk posisi 4 terbaik. Ikutnya dengan perbezaan mata yang tak berapa lagi jauh dengan penghuni tangga ke-4 dengan 6 mata, projek Brendan masih relevan.
Saya tak harap apa-apa dari perlawanan dengan Man United kali ini. Bukan mengalah atau sebagainya tetapi kecewa sebab musim lepas, Man U dah jauh kena tinggal dari segi prestasi dan kekuatan pasukan. Kita mungkin boleh berlagak ketika itu, namun musim ini roda dah terbalik dan pasukan kita pula jatuh merudum. Memang pasukan Man U naik dengan duit yang bukan sikit musim ini, namun jika nak kira mereka lagi banyak sebab bayar gaji yang tinggi untuk pemain seperti Di Maria, Harera, Shaw, Rojo, Blind dan Falcao serta ramai lagi.
Setan Merah 1-2 Si Merah
ReplyDelete#YNWA!
masalah besar dia ialah pengurus tahu segala galanya... Support pengurus selagi dia pengurus Liverpool... bla bla bla....oh tolong lah jangan ada manusia yang manteliti zaman hang tuah lagi, perangai macam ni hanya mewujudkan pengurus bersifat bangsawan, bodoh dan sombong nak mampus...negara pon boleh jahanam wa cakap lu...
ReplyDeleteYNWA bila kita bergerak seiringan soal jatuh dan bangun itu soal lain...bila menyimpang semberono, boleh berambus aku sentimental ni tak main lah...menyampah siot
apa pon KOLAMHATI 1 SETAN LAKNATULLAH 3
Munyet 0-1 Liverpool
ReplyDeleteNampak gaya performance BR jauh lebih teruk dari Moyes musim lepas
ReplyDelete