Seperti yang dijangka Liverpool main macam perlawanan lepas. Apa yang beza, Liverpool tak mendominasi perlawanan, sebaliknya banyak main hantaran yang kurang lancar dari sebelah sayap. Bahagian tengah boleh dikatakan neutral kerana Burnley juga main dari bahagian sayap terutamanya disayap kanan menggunakan pemain lincah Kris Boyd. Mereka tahu Markovic bukan pemain sayap-belakang neutral dan tahap disiplin pertahanan beliau amat diragui.
Liverpool banyak main hantaran jauh mencari Sterling. Saya tak berapa faham kenapa tak main hantaran pendek macam lawan Arsenal. Ini mungkin taktik yang membuatkan permainan jadi begitu buruk dan Burnley nampak selesa bertahan dengan menjaga Sterling yang sorang-sorang kat atas. Adakalanya cara itu efektif juga kerana formasi 3-4-3 ini buaan sesuai dengan semua jenis lawan. Dengan Burnley memang tak efektif dan sepatutnya kena guna 4-3-3 kembali sebab tak berapa konfiden dengan Markovic sebagai pemain sayap-belakang.
Brad Jones mengalami kekejangan. Masa kecederaan yang kurang baik ketika Danny Ings buat sepakan yang nasiblah terkena palang. Mignolet kembali mendapat peluang kedua. Tapi macam selalu, Mignolet masih buat perangai. Satu ketika dia hampir memberikan masalah apabila sepakan beliau terkena Danny Ings. Nasib baik bola terkantoi tinggi dan dapat ditangkap kembali. Ada sekali lagi dia cuba mengeluarkan bola tetapi sampai terkeluar dari kawasan permainan baru nak sepak. Kepanikan atau kebadutan apakah itu.
Separuh kedua bermula, lembab macam biasa pada awalnya. Kemasukan Emre Can menggantikan Toure yang cedera merubah segalanya. Kita boleh perasan yang Emre nampak lebih agresif dan konfiden memegang bola. Saya tak harap Emre bermain dalam posisi pertahanan sampai bila-bila, namun dia memang pemain serba-boleh dan kebolehan itu membuatkan Brendan punyai opsyen lain selain untuk menukar formasi. Nak tukar formasi camna takkan nak kasi Markovic main bek kiri kot.
Apapun yang berlaku atas padang bukan lagi dalam kawalan Brendan Rodgers. Dah 2 pertukaran awal akibat kecederaan, kena teruskan perjuangan dengan pemain sedia ada. Banyak kali serangan pasukan kita digagalkan oleh bek Burnley. Gerakan dan serangan balas adalah aspek permainan kita yang menghasilkan gol Sterling. Coutinho yang menerima bola lambung hasil tandukan Lucas, melakukan sepakan lambung kedepan, menyedari Sterling sudah buat larian. Sterling tanpa rasa gabra, mengambil masa menewaskan Heaton dan melekukan sepakan leret melepsi bek Burnley yang sedaya upaya menghalang bola dari menerjah jaring.
Sejurus itu pasukan kita kembali dalam mod bertahan walaupun dengan kemasukan Lambert. Ketika ini serangan Burnley bertali-arus. Cuma pasukan mereka memang haprak, boleh dikatakan majoriti serangan dilancarkan dari udara. Dengan adanya Sakho, jangan haraplah nak dapat lalaun mudah dari jalan udara. Ikut statistik dia berjaya membasmi lawan dengan berjaya dengan 100% bentesan dan 4 kali hadangan serta 4 kali pertarungan diudara. Kalau nak banding dengan Lovren, memang kena tinggal jauh prestasi Sakho.
Walaupun main buruk sikit, dengan jaringan yang tipis. 3 mata yang dicari dah ditemui selain tiada lagi kebolosan. Samada Faktor Sakho atau Can, itu mungkin secara kebetulan. Namun apa yang penting pemain kita nampak bersemangat walaupun bermain dibawah tekanan. Ketiadaan Toure dan Jones bagi saya tak dirasai sangat kerana dengan pemain simpanan lain yang ada Brendan boleh kembali bermain dengan posisi 4-3-3 jika dia mahu. Dengan Swansea kita mahu pertahanan lebih waspada kerana penyerang mereka lebih bahaya terutamanya Bony.

Lovren tak main baru ler aku rasa damai skit...
ReplyDelete