Dengan corak Sevilla yang negatif, mereka agak licik dengan corak lakonan untuk cari kesalahan dipihak Liverpool. Emre, Lallana , Milner memberikan beberapa sepakan percuma dikawasan berbahaya kepada Sevilla. Namun Lovren kurang bernasib baik kerana aksi Gameiro yang layak mendapat Anugerah Oscar berikan layangan kad kuning kepada Lovren. Lovren nampak tenang walaupun cuba di provok oleh Gameiro. Lagi satu pihak Sevilla mungkin pinjam bomoh siam Leicester, sampaikan pengadil jadi buta bila pemain Sevilla main bola pakai tangan. Dalam separuh pertama 3 kali, pengadil buat palat tak beri penalti.
Kesabaran Liverpool menghadapi corak Sevilla yang penakut dan banyak dibantu pengadil terbayar pabila Sturridge berjaya merobek kubu Sevilla yang agak kebal sepanjang setengah jam berlalu. Hasil gerakan Firmino, menleretkan kepada Coutinho dan Coutinho nampak Sturridge di sebelah kanan kawsan penalti Sevilla, lalu melorongkan bola. Kita takkan sangka Sturridge boleh buat sepakan sebegitu. Dia menggunakan sepakan luar kaki macam biasa yang diajarkan beliau kepada Luis Suarez, melewati jangkauan goli Sevilla yang hanya mampu melompat tepis angin.
Melewati separuh masa pertama, Liverpool mendahului didepan dengan 1-0. Rasanya pemain Liverpool sedang meraikan kemenangan. Sebiji macam perangai AC Milan di malam Istanbul 2005, itulah kita boleh anggap dengan pasukan kita dengan apa yang bakal berlaku sebentar nanti diseparuh masa kedua. Di sebaliknya kita tak tahu apa yang Emery bambu anak buahnya dalam bilik persalinan. Emery dah jadi macam Benitez dan Klopp plak meng"Ancelotti"kan diri. Itu rasanya yang bakal membuatkan paku buah keras kepada Liverpool.
Dalam peperangan, musuh dalam selimut paling bahaya dari musuh yang datang menyerang terang-terangan. Saya tak bermaksud Moreno secara terang-terangan beri Sevilla gol percuma, tetapi dia nampak macam keliru samada dia main Sevilla lagi atau tak. Padahal kalau ikut pemain di La Liga, bek kanan Sevilla, Mariano paling hampeh tak terkata. Namun Moreno dengan tandukan lemah dapat kepada Mariano, dah tu buatkan beliau macam Cafu pula, mengeronjang melepasi Moreno dan berikan hantaran kepada Gameiro untuk gol penyamaan.
Tapi jangan lupa dan ramai terlupa dimanakah juga Coutinho, sepanjang perlawanan asyik hilang. Dia ada saham untuk gol penyamaan Sevilla itu. Tapi apa nak buat memang Coutinho tak ada bakat kalau nak main bertahan, namun bukan itu yang kita marahkan dia, penglibatan dalam serangan pun Coutinho tak berapa menyengat. Firmino dan Lallana ada juga aksi yang kita nampak sibuk sikit, namun masih juga tak berapa menonjol. Terkulat-kulat Sturridge kat atas kena kepung dengan bek Sevilla.
Sevilla bukan sahaja bangkit dengan gol penyamaan, teapi corak mereka nampak kian menakutkan pemain Liverpool. Sampaikan Sevilla dah berani main bola bawah dah berbanding main penakut seawal separuh masa pertama. Ini sebabnya mereka tahu Liverpool dah panik dengan gol Gamiero. Penguasaan tengah adalah kunci kejayaan mana-mana pasukan jika nak main untuk menang, manakala bahagian tengah Liverpool terhegeh-hegeh macam macam kekurangan oksigen. Gerakan dari tengah main satu-dua, buatkan pemain Liverpool macam kon, dan hasilnya Coke berjaya melepaskan sepakan lecong untuk kebangkitan Sevilla untuk dahului 2-1.
Tak cukup dengan itu Sevilla tak beri peluang Liverpool nak bernyawa. Pengadilan yang teruk memang membantu Sevilla dalam gol ke-3. Gol jaringan kedua Coke sepatutnya offside, tetapi bilamana pengadil memang berat sebelah dari awal separuh masa pertama lagi, apa korang ingat dia nak membela nasib kita dengan mengangkat bendera offside. Malah kita tengok Coke sendiri pun toleh kat pengadil sebelum meraikan gol jaraingan beliau sebab dia sedar dia memang tak patut dapat gol itu pun. Dah dapat rezeki terpijak, siapa tak seronoh bhaii.
Apa pun pemain berikan yang terbaik dalam stendet mereka. Tak kata mereka tak pulun berusaha, tetapi tiada keinginan dan semangat juang dalam diri. Nak salahkan Klopp, dia dah usahakan yang terbaik dengan tinggalan pusaka Brendan. Bagus juga kalah, dari positifnya sebab takut nanti Klopp terasa nak simpan pula pemain yang prestasi yo-yo. Lagi satu pemain-pemain kita juga majoriti tak mampu nak bertahan 90 minit dengan taktikal main serbu-serbu sepanjagan masa, ramai yang pancit tak sampai minit ke 60.
bang..kt trima jerla dgn hati yg trbuka.. sy xsuka kt bazirkn mase main kat ucl taun dpn..buat kene sumpah org jer..biar kt mula balik revolusi klopp smpi lebam..sy dari mula dulu xde ape2 harapn tinggi kat klopp..sbb sy lbh truja utk tgk bakat2 muda yg ade kat anfield patt lbh diberi pluang..hrp klopp take note..ynwa
ReplyDeleteSetuju..waima sad ending..kte tup bku lama..bukak bku bru..bukak legasi bru di bwh kendalian kLopp..KTF..IJKWT..YNWA~~
Deleteseason baru kite tak involve dgn game antarabangsa..tak perlu risau pasal kepadatan jadual..player penat..player injured etc. byk masa bleh di habiskan dengan training/taktikal dan focus utk liga tempatan.
ReplyDeleteape2 pon saya frust dgn game pagi tadi especially referee mcm kayu..huhu
kemon klopp!!!YNWA..
-cucu mak leha-
Yes. Season depan takde European football ni kata omputih blessing in disguise. Kita boleh fokus League habis habisan. Macam Klopp 'buang' League untuk fokus UEL, macam tu La dia akan buat season depan untuk League. Takpela. Kelab Sepanyol memang terkenal dengan 'menyantau' ref. Sakit hati kawan tengok rasa macam nak tempo je ref. YNWA
ReplyDelete