Dah cakap sebelum ni, perlawanan Liga akhir musim ni hanya pelengkap jadual. Tak nak salahkan Klopp. Dia telah gunakan segala harta pusaka Brendan sebaik mungkin. Terpulang kepada pemain sendiri nak buktikan samada mereka layak pakai baju merah lagi musim depan atau berambus kemana mereka suka. Klopp bagitahu tiada jaminan untuk kesemua pemain hatta Coutinho, Firmnino, Emre apatah lagi Sturridge yang kaki sentap. Rekod di Dortmund, musim kedua 15 pemain kena cantas. Walaupun kita tengok masa lawan Swansea, Klopp boleh gelak tawa, tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Macam kita tinggal dengan awek, kat depan cakap OK, kita masih kawan kan, bla..bla.. bla tapi balik rumah tertonggeng-tonggeng kering air mata.
Perkara utama yang Klopp senaraikan musim depan ialah rombak pertahanan. Pertahanan bukan bek sahaja tau, yang dok jaga pintu gol pun sekali. Maknanya kita bakal ada Matip, Lovren mungkin selamat, Sakho kena gantung selamat tapi kalau ada tawaran mungkin Januari kena buang. Toure bakal tak disambung kontrak. Skrtel memang 99 peratus macam takkan beraksi lagi kerana bukan sengaja jadi pilihan ke-4, tengok cara dia main dah tak macam dulu-dulu. Caulker pulang balik ke QPR dan Llori dengar kata dah dicop oleh Deportivo La Caruna. Clyne mungkin selamat, begitu juga Flano. Tapi Moreno saya anggap bukan pilihan utama lagi, kalau kekal mungkin bek kiri simpanan. Smith yang kena kad merah semalam ada potensi untuk kekal. Enrique siapa macam kenal ???
Lawan Swansea, kesemua gol amat mudah dalam erti kata pemain tak buat kerja. Tandukan Ayew kita tengok dia dahlah tak dijaga, bila dalam kotak penalti kita tengok Lovren pun tak bersungguh nak celen Ayew. Mudah saja dia buat tandukan. Gol Cork adalah perangai lama Skrtel yang suka gostan belakang bagi lawan mudah cari sasaran. Lagi kebelakang lagi mudah Cork cari kat mana nak buat lencongan dan Ward memang tak mampu nak buat apa-apa. Gol kedua Ayew, memang kepundekan pemain Swansea yang masih teruskan permainan padahal rakan mereka cedera. Namun pemain kita juga ramai kat kotak tapi nak jaga Ayew sekor tak mampu.
Benteke dapat juga ubati kekecewaan dengan jaringkan gol saguhati. Tapi itupun tak bermakna dia boleh main lagi musim depan. Bukan dia tak bagus, tapi tak masuk dengan corak Kloppo. Dia nampak berguna bila masuk separuh kedua ganti Coutinho, dengan rombakan 4-4-2. Tapi 4-4-2 bukan taktikal pilihan utama Klopp, melainkan plan B juga. Maka takkan nak simpan pemain mahal sebagai plan B. Tapi kita dah ada plan A dan B dan mungkin C dengan adanya Origi. Itu ditambah dengan Ings kot atas. Cakap pasal Ings, ingat dapat percuma tapi rupa-rupanya kena bayar Burnley 8juta pound, lepas tribunal buat keputusan.
Perlawanan dengan Villareal salah satu punca pemain hilang tumpuan kot. Badan atas padang, tapi otak dok fikir pasal Villareal. Sama juga dengan Klopp sebab salin ramai pemain muda. Ideanya bagus tapi Stewart dan Pedro tak ada pengalaman nak hadapi pemain tengah Swansea yang lebih berpengalaman. Sebab tu bila masuk Lucas, ketenangan ada dalam bahagian tengah. Sebab tu kalau dipihak saya jika diberi pilihan antara Lucas dan Allen saya pilih Lucas. Maaf saya bukan bias dengan rekod Allen dulu-dulu, tapi bila dalam mod bertahan Allen kelam kabut sikit. Bab Sturridge kita jangan fikir sangat dia menyentap dan buat perangai, tunggu musim depan kalau ada tawaran 40juta keatas, sapu saja.
bang..mcm biase..mid pertahanan dan bek tengah xde class skrg ni..risau nak lwn villareal kalu trus begini..mlainkan kt trpaksa buat serangan kamikaze tanpa pedulikan pertahanan..hehehe..
ReplyDeleteAkan dibincangkan dalam kandungan PRA perlawanan nanti. Stay tune
ReplyDelete