Matlamat perlawanan pada asalnya menurunkan kesebelasan campuran majoriti simpanan untuk elakkan kecederaan dan main dengan taktikal kesebelasan utama. Namun malang sekali, mereka mengundang kemaluan kepada Watford yang turun dengan barisan terkuat, rasanya hampiri kepada pasukan yang membelasah kita di Vicarage Road, awal musim dengan 3-0. Klopp nampak lebih praktikal dengan lawan. Dia tak campak majoriti pemain simpanan, selit juga Coutinho dan Moreno untuk kestabilan. Sebabnya masa Swansea, kena balun dengan lawan sebab kurang pengalaman.
Rezeki Ward untuk main lagi musim ini terbatas dengan kecederaan dan Mignolet kembali sebagai goli utama, walaupun Bogdan ada namun Klopp dah tak percaya dengan mamat Hungary tu. Skrtel dan Lucas menjadi gandingan pertahanan tengah, Flanagan disisi kanan dan Moreno dikiri. Stewart dan Allen mengemudi tengah, cam biasa Stewart banyak dibawah dan Allen membantu serangan. Coutinho bermain dibelakang Benteke, dan Ojo serta Ibe disayap kanan dan kiri.
Liverpool bermain diseparuh pertama dengan corak biasa, cuba menggunguli permainan dengan hantaran demi-hantaran pendek dan banyak bermain disayap. Benteke nak kata haprak sangat tak juga sebab ada aksi-aksi beliau yang cemerlang memegang bola dan main satu-dua dengan Coutinho. Cuma seperti biasa, dah main seorang diri kat atas sukar nak main corak kegemaran kerana Liverpool jarang buat hantaran tingga awal kekotak seperti zaman kegemilangan beliau di Aston Villa.
Tetapi tugasan sebagai pemain sasaran, Benteke adalah Plan B yang mahal. Patutnya Lambert pun kita boleh simpan jika nak guna plan B. Namun kesilapan pembelian Brendan adalah sesuatu sejarah yang berulang, macam kes Carroll dulu. Dalam beri kritikan, kita tak boleh lupa sumbangan beliau semalam. Gol Allen antara sumbangan beliau yang terbaik. Gerakan hasil lambung Coutinho kesasaran utama Benteke. Namun Ibe harus diberi kredit kerana menarik Britos keluar dari kawasan. Benteke, menanduk kesasaran terbuka bila nampak larian Allen dan Allen sempat kuis bola walaupun sebuan Gomes nampak cuba menutup ruang.
Watford juga bukan main tak bagus. Tapi bila mereka main bagus sekalipun, bila Skrtel dan Lucas tak buat kalut dan gelabah, maka jangan harap nak dapat keselesaan dan nasib yang baik macam pertemuan dulu. Mignolet juga tak terkecuali dengan aksi yang penuh keyakinan walaupun percubaan Watford tak banyak sebab mereka dapat peluang hanya dari serang-balas. Kita akui Ighalo penyerang yang setara dengan Origi, namun pujian kepada Skrtel yang berjaya menambat pemain Nigeria itu ketat dan tiada ruang nak buat pecubaan. Kiranya Watford mati akal bila Ighalo dah tak boleh bergerak.
Separuh kedua, baru nampak Watford lebih mahu buka permainan dengan cuba nak menyerang, itupun lepas gantikan Suarez dengan Guedioura kat tengah. Corak mereka kian lebih terbuka. Dengan itu Klopp telah buat perubahan dengan memasukkan Firmino ganti Coutinho. Antara pemain yang begitu mengarut dibuat Brendan, Firmino dalam perlukan Klopp menjadi siulan peminat. Masuk tak berapa minit dah buat onar kepada Watford. Apataknya gol kedua Liverpool hasil hantaran kurang cermat Anya, ditampan Ojo, singgah kekaki Firmino dan beliau melarikan bola sambil mencari sasaran dicelahan kali pemain Watfrod dan boom, melewati Gomes yang tak dapat tepis dengan sempurna.
Berbalik kepada Benteke tadi, ada kita puji sikit kan sebab membantu untuk gol Allen. Namun secara keseluruhannya beliau tak mencapai KPI jika nak jadi penyerang utama. Rasanya dua peluang terbaik. Satunya percubaan bawah yang patutnya dia buat ambil keputusan buat sepakan awal, tapi bila pertahanan serbu kantoi tak dapat buat apa-apa. Keduanya hasil hantaran lambung feberet beliau dari Ojo, macamana dia punya gelabah hingga bola tandukan camtu rasanya dia pejam mata pun masuk kalau sebelum ni. Memang tiada siapa dah pertahankan beliau jika Origi memang potong barisan sebagai penyerang utama di Liverpool dan juga di Belgium.
No comments:
Post a Comment