Anfield memang cukup berpuaka bagi perlawanan Eropah. Kalau yang percaya khurafat dok sembang Leicester menang Liga Inggeris sebab Tok Sami pi jampi tiang gol bagi lawan tak nampak. Rasanya kat Anfield, jembalang tanah Anfield beralah dengan Jin Siam Leicester dan ambil perlawanan Piala Eropah. Jembalang tak tarik tiang gol tapi tolong pertahanan Liverpool untuk bentes dan pintas penyerang lawan. Itu hanya gurauan jangan ambil serius.
Tapi benar, permainan Toure dan paling menonjol Lovren lain macam kali ini berbanding masa di El Madrigal. Betul gol kemenangan adalah perkara penting untuk melayakkan ke perlawanan Akhir, namun ketidak bolosan juga adalah sama penting dengan jaringan. Macam nak melastik 2 ekor burung dengan sebiji batu, dua-dua ekor sama penting kena pastikan dua matlamat sekaligus terlaksana dalam satu masa.
Di El Madrigal, Villareal menguasai bahagian tengah. Soriano dan Pina tunjuk eksyen dengan Allen dan Lucas. Tapi kemasukan Emre bagaikan kombinasi Allen dan Lucas dalam satu jasad, ditambah dengan kelebihan fizikal dan kepantasan. Rupanya Emre siang dan malam bertungkus-lumus berlatih setelah kembali cergas . Dan hasilnya tak siapa percaya pemain yang dianggap tiada harapan nak bersama Jerman ke Euro2016, baru pulih dan main macam tak pernah cedera. Semangat juang beliau buat kita teringat kepada Abang Long Gerrard.
Sepak mula bermula dengan Liverpool menguasai permainan. Memang cara main nak cari gol awal. Tepati Villareal mengejutkan tuan rumah dengan percubaan Gaspar yang ditepis Mignolet. Itulah titik tolak bagaimana pertahanan Liverpool menjadi semangat sebab kalau masuk gol itu, bukan sahaja Mignolet bakal kena maki berkarung tetapi Villareal akan dapat kelebihan yang menyukarkan Liverpool. Namun peluang Villareal tak sekerap dipusingan pertama, corak tekanan dari atas menyukarkan pergerakan Villareal untuk menyerang.
Liverpool kembali menyerang dan Emre membuka serangan dan melakukan hantaran mencari Clyne disayap kanan. Hantaran Clyne ketengah tak berjaya disambut Sturridge, namun dapat kepada Firmino di kawasan seberang sana. Firmino juga mencari sasaran ditengah yakni Sturridge, namun pemain yang kaki merajuk itu, tak berjaya menampan bola kedalam namun tak disangka beliau dibantu oleh Kapten Villareal yang memberikan gol percuma kepada tuan rumah. Liverpool menyamakan kedudukan dengan agregat 1-1 dan kepuusan 1-0 kekal hingga tamat separuh pertama.
Serparuh kedua bermula, Villareal cuab menggandakan asakan. Namun macam biasa pertahanan kita anggap serangan mereka macam makan kacang. Mudah dipatahkan walaupun ada ketika, bentesan mereka memang boleh mengundang padah jika permasaan tak tepat. Dalam pada itu serangan bertali arus Liverpool membuahkan hasil apabila hantaran atau sepakan Firmino lalu betul-betul depan Sturridge dan Sturridge tak kasi can untuk meledakkan gol ke-2 Liverpool dan mendaului dengan agregat 2-1. Kita tengok pemiant bersorak bagai nak gila tapi Klopp masih buat muka cuak sebab, Villareal masih ada peluang nak bangkit.
Kegagalan pemain pertahanan Villareal mengawal diri mengakibatkan beliau dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah dan dibuang padang. Memang malang bertimpa-timpa, sudahlah kena 2-0, main dengan sepuluh pemain bukan sesuatu yang membolehkan Villareal bangkit. Liverpool membunuh permainan dengan gol ke-3 hasil gerakan solo Firmino dari sayap kiri, melarikan bola masuk kedalam kotak penalti, meleretkan bola kearah Sturridge , namun Sturridge sepak tersipi dan sampai keapda Lallana yang menguis mudah kedalam gawang Villareal.
Keputusan penuh Liverpool layak ke perlawanan akhir di Basel untuk bertemu dengan juara bertahan Sevilla. Jika nak dibandingkan corak Sevilla dengan Villareal, tak serupa. Namun Sevilla mempunyai kelebihan kerana mereka kerap kepentas akhir Eropah berbanding Liverpool yang dah berpuluh tahun sunyi sepi tanpa penghormatan di eropah. Dengan Klopp segalanya tak mustahil. Pemain kena berusaha keras dan peminat kena jadi pemain ke-12 bagi membantu pemain atas padang. Kita harap pemain utama dijauhkan dari kecederaan dan kalau boleh bagi sahaja pasukan remaja main untuk perlawanan liga selepas ini.
Tahniah kepada team Liverpool sebab mara ke Final menentang Sevilla. Walaupun Sev juara bertahan tapi aq tetap yakin Liv bole mrebut gelaran tu. Kita kena yakin dengan team yang kita sokong. Aq x sangka Liv boleh sampai ke tahap nie. Masa menentang Dortmund aq x rasa bole menang tapi aq akan target menang sbb xnak tengok team Liv kalah. Disebabkan tunjuk ajar manager Kloop, kebolehan Liv berada di luar jangkaan pada saya. Final nanti bukan kat anfield tapi aq harap semangat pemain2 Liv akan tetap berkobar seperti kat anfield. Penyokong perlu hadir beramai2 utk memberi sokongan kerana penyokong Liv memang Owesome..
ReplyDeleteKonfiden bebenor Yob. Semua tak sabar nak tunggu 18 Mei.
Deletedi bawah kendalian kLopp, beliau dh berjaya bwk Liverpool ke finaL sebanyak 2 kaLi..hope 2nd finaL nie kte yg punyer...tiada yang mustahiL..waima bukan di gelanggang keramat iaitu anfieLd..tak sabar sungguh nk tunggu pagi 19 mei kn penuLis??btulkan if silap..IJKWT..KTF..YNWA!!!!!!!!
ReplyDelete