Statistik kat atas dah tulis bagai. Walaupun rekod kita keseluruhan di Eropah lebih unggul berbanding Sevilla, namun Sevilla semenjak-dua menjak ni dah biasa sangat ke Final Liga Ueropa ni. Malah mereka adalah paling banyak menang Piala Europa dengan 4 kali. Disamping itu juga mereka kan juara bertahan edisi lepas. Nak cipta rekod berturut-turut hatrik kali ni. Pasukan kita paling terakhir menang dengan Deportivo Alaves kat Dortmund 2001. Abam dah ingat-ingat lupa perlawanan tu, tapi aksi dramatik yang berpesta gol memang ohsem sebab perlawanan memburu gol ada siapa pun takkan cakap membosankan.
Memang dasatkan. Itulah dia Sevilla yang memang sebuah kelab bolasepak hebat, diuruskan oleh kesemua orang yang prihatin dan tahu kehendak bolasepak, bukan macam kelab kat Malaysia yang jadi presiden entah kaki bangku ntah apa. Politik tak habis-habis sampai yang nak jadi tukang Kebun kelab pun kena ada jawatan dalam politik kot. Bila masa bolasepak kita nak berkembang, kita nak bekas pemain kita dapat peluang dalam pengurusan, bukan takat jadi pengulas atau jurulatih. Kat Eropah banyak lejen yang jadi kepala pengurusan.
Sementara itu bagi Liverpool persediaan bukan sangat tertumpu kat kesebelasan utama. Yang banyak kita dengar cerita pasal Henderson dan Origi. Apsal mereka berdua ni yang jadi bualan, apsal tak cerita pasal Allen atau Benteke yang memang cergas sihat. Itu bermakna Klopp nampak Hendo dan Origi sebagai pemain harapan dan boleh beri sesuatu dalam perlawanan final walaupun mereka belum pasti dalam kesebelasan utama. Apa yang kita harap jangan disaat akhir ada yang cedera plak. Simpang malaikat 44. Sebab perlawanan nanti perlukan kesebelasan terkuat nak celen Seville.
Dah sebab lama sangat tak tengok Liverpool main perlawanan akhir diperingkat Eropah, debaran makin terasa. Walapun berkeyakinan dengan Klopp tapi pemain kita ada limit mereka. Tak ramai pemain kita yang kerap di pentas Final, kiranya cabaran mental yang perlu kental seimbang dengan fizikal dan taktikal. Berapa banyak final yang saya sempat tengok, pemain kita tak semua hebat disetiap posisi. Insan macam Djimi Traore yang takdak bakat sangat pun boleh main hebat di Istanbul 2005, apa kurang pemain sekarang dibanding dengan Traore. Apa yang penting semangat dan berikan yang terbaik dalam final nanti. Selamat berjuang. #YNWA.
Liverpool bakal jadi juara bro
ReplyDeleteatas kecemerlangan the reds dalam perjalanan ke final dan kepayahan seville mempertahankan kejuaraan...
ReplyDeleteliv 2 sev 0
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLiv 3-2 Sev. Kali ni aq nak teka btul.
DeleteWa x berani tebak.. X taw knp.. Tp insyaAllah ada rezeki malam ni Juara kita.. Best team win.. Respect to sevilla.. Road to Champions League brda d klimaks subuh ni... Wa tgk ulasan admin pn x brpa confiden.. Tp lawan ttp kna lawan.. Bab kta pepatah.. Bola itu Bulat...
ReplyDeleteseperti tahun2 sudah..they're always win thru hard ways. saspen klu tgk game diorg ni..nak plak klu masuk extra time atau penalti. bleh kena sakit jantung..hehe
ReplyDeleteliverpool 2-1 sevilla
-cucu mak leha-
mlm INI kite puye!!!
ReplyDeleteliv 3 - 0 sev
kumai
Patutla sy ssh nk tebak.. Rsa x sdp ati ni.. Rpanya Liverpool 1-3 Sevilla... Good fight liverpool Huhuhu...
ReplyDelete