Saya walaupun lepak kat rumah mertua layan bola, tetapi memang tekanan sebab ditemani biras yang bias Manyu, sebab sorang tegar Chelsea dan sorang lagi Arsenal. Nasib baik adik ipar penyokong Menyu dah balik, kalau tak lagi menarik bahan membahan. Tapi nasib baik pemain termahal dunia jadi pemain terbodoh perlawanan tu dengan meng Dab kan bola dengan tangan. Yang tu sah2 penalti dan pengadil tak berani tak bagi sebab ulangan TV setiap kedudukan kamera memang Pogba menepis dengan tangan sebelum berlakon menanduk bola. Raja penalti Milner mempamirkan sentuhan penyudah tenang menewaskan De Gea. 1-0 didepan seketika separuh masa pertama.
Separuh kedua Mourinho memang tak akan ubah corak bola tinggi dengan masukkan Fellaini anak emas beliau. Memang ikut serangan kedua2 pasukan ada saat peluang terbaik masing masing, Ibrahim dan Mikhriaryn manakala pihak Liverpool Wijnaldum memang banyak peluang tapi hambar depan gol. Gol kontroversi penyamaan Menyu memang hasil gerakan offside Valencia. Tapi pemain pertahanan Liverpool tanpa Matip memang tak mampu nak celen permainan fizikal bola lambungan depan pintu gol Menyu. Bukan nak puji lawan tetapi mereka memang tak reti nak main corak lain jadi itu kelebihan mereka yang memang jadi kekurangan bagi pasukan kita. Kesudahan perlawanan 1-1 hasil tandukan Ibrahim.
Apa yang kita nampak aspek positif bukanlah macam apa sindiran Mourinho yang cakap Liverpool pon pandai susun bas. Tetapi beberapa pemain nampak lain macam punya terbaik terutamanya Mignolet yang bagi saya pemain terbaik perlawanan. Dia berjaya menyelamatkan paling kurang 4 percubaan bahaya lawan. Nampak tak cara Klopp tangani krisis penjaga gawang dengan aspek merit dimerit. Siapa cemerlang dia naik dan main teruk kena dok simpanan. Karius juga masa lawan Soton cemerlang juga tetapi cara Mignolet main tak terusik lagi untuk turun pangkat.
Alexander Arnold bagi saya harus dapat pujian. Bermain ganti Clyne dalam penampilan di Old Trafford bukan mudah tambahan pemain lawan memang sasar lubuk sebelah beliau. Mula2 nampak gabra gak sampai hantaran belakang nyaris mengakibatkan lawan curik bola. Tapi dia bangkit dan main dengan tenang sampaikan Martial mati akal dan terpaksa kena keluar awal. Masih terlalu awal Arnold nak potong Clyne sebab dia masih perlu perbaiki aspek mental dan membuat keputusan.
Keputusan seri nampak tak seronok bagi peminat Liverpool. Sebab dah kena potong dengan Spurs untuk turun ke tangga ke 3 sekarang. Dan nampak gaya Chelsea makin gayat tinggalkan pecabar lain. Tapi bagi peminat Syaitan Merah mereka seronok tak terhingga sebab berjaya seri. Siap troll peminat Liverpool. Bagi muka lah skit sebab itu sahaja kemampuan mereka dengan skuad termahal, padahal kita turun dengan tanpa kelibat Mane, Clyne dan Matip. Serta Coutinho yang masih tak cergas lagi.
Jdi la tu dtp mata kt tmpat lawan...
ReplyDeleteprmainan diorang dah ok cuma nak agresif skit lgi. pluang wijnaldum last mnit patut rembat kncng skit mngkin dpt 2 gol. dah cntik dah pluang tu tapi pnyudah mmng tumpul. sayang sngt. yg lain mmng trbaik trutma mignolet. truskan prestsi. lwan chelsea nnti kena agresif..tngok blik mcm mna tot bole twskan chelsea. aq nmpk prlwnnn tu. tot brmain scra agresif, cuba mngekang prgrakan chelsea. sbb chelsea pun brmain scra agresif. klau kloop nal jual can kat juve, kena amik dele alli sbgi pnggnti.
ReplyDeletesial je komen mourinho lepas game,it's happy when see liverpool also can play defensive.acik die...tu bukan parking bas macam setan nirrajim.24 jam berkampung.kalau opponent tgh attack,kau nak bukak game main menyerang ke?bodo sial mangkuk nie.nasib klopp bidas balik...itu yang dibanggakan budak setan?kite main tempat lawan dapat gol.dieorang dapat?kalau ikut2 kan kalah tu.dapat ihsan linesman.memang manchestaik refunited betul...
ReplyDeleteTunggu saja pertemuan akhir EFL Cup. . .Nanti tahu lah siapa JAGUH PARKING BUS. . .Mourinho. . .Mourinho. . .Dari Chelsea ke Man united. . .perangai PARKING BUS tak berubah-ubah. . .
ReplyDelete