Sebenarnya perlawanan ni macam perlawanan nak isi tabung rumah anak yatim bagi Pasukan Bolasepak Rumah Anak Yatim Plymouth Arygle. Klopp punyalah kesian dengan pasukan miskin dengan meletakkan pasukan termuda dalam sejarah bolasepak Liverpool. Maaf ini bukan menghina mereka tetapi nak bagitahu bahawa Liverpool taknak berlaku kejam kepada pelawat. Pemain paling otai pun masih belum capai 30an iaitu Lucas Leiva. Dan paling muda ialah Adik Woodburn yang baru nak ambil SPM.
Liverpool yang ini main dengan sama rentak dengan pasukan terkuat. Menguasai perlawnanan hingga lebih dari 80 peratus. Punyalah mengongkong lawan sampai main sebelah padang sahaja, walaupun sekali sekala pemain Plymouth buat lawatan kekubu Liverpool. Tetapi bila ramai sangat pemain muda, sikap dan ketenangan nak cari peluang yang benar-benar terbaik, tak pernah hadir. Ada sahaja pemain yang buat keputusan silap, samada buat sepakan jarak jauh yang mengarut atau buat hantaran terus kepada goli lawan.
Saya tengok Plymouh boleh diperangkap dengan pemain kita cuba main satu-dua dalam kotak. Tapi sejak awal permainan tak ada pemain yang berani nak main sebegitu. Yang mereka tahu nak cuba buat sepakan lencong dari luar kotak. Padahal dengan corak Plymouth yang main susuh bas dekat 3 tingkat, rasanya takkan mustahil nak bedal banyak gol dengan main cara yang mudah bagi lawan mengenepikan serangan Liverpool.
Memang saya akui sepanjang 96 minit perlawanan beralngsung, tak seronok langsung sebab Liverpool tak langsung menggugat kubu Plymouth dengan serangan bahaya. Kalau adapun percubaan luar kotak yang sipi macam nak masuk. Ojo dan Woodburn mungkin tak banyak pengalaman, tetapi Origi memang mengecewakan kerana dia dah main sebagai pemain utama banyak perlawanan musim ini. Sumbangan beliau sangat tak seberapa malam tadi.
Kemasukan Lallana, Sturridge dan Firmino gantikan Emre, Woodburn dan Ejaria masih tak mengubah situasi kekebalan kubu Plymouth. Hanya Sturridge nampak paling menonjol, sepakan beliau agak bahaya dan banyak juga percubaan yang nampak macam nak beri goli lawan panik. Kalau Sturridge diturunkan awal mungkin peluang nak dapat gol agaka cerah, tetapi Klopp tak berani nak perjudikan kecergasan Sturridge untuk Piala tak seberapa ini.
Memang Plymouth main untuk seri dan pulang untuk dapatkan perlawanan timbal balik dikampung halaman. Seri pun rasanya satu kemenangan bagi mereka sebab bukan senang bagi pemain nak tengok pasukan elit main dihalaman sendiri. Namun sekurang-kurangnya saya agak gembira sebab pastinya pemain muda ini akan dapat peluang sekali lagi untuk tebus balik persembahan hambar mereka di Anfield.
suka komen klopp " tak tau berapa ramai penduduk plymouth. tapi rasa semua duduk dekat kotak penalti"
ReplyDeleteklopp suka beri hiburan kepada penonton. pemain muda bukan untuk mengejek tapi untuk jadikan satu hiburan. malangnya pihak lawan pulak yang membosankan
Jangan buat tak umpama kelab bawahan..nasib tak baik..apabila main di tempat lawan nanti..belayar ikut kapal Sir Francis Drake(Golden Hind) dari Plymouth..
ReplyDeleteItulah sikap skuad liverpool selama hampir 3 dekad. . .Keuntungan pihak Owner lebih di utamakan. . .Hak penyiaran dan keuntungan tiket menjadi buruan. . .Pembelian pemain yang berkualiti dan dapat menampung pemain utama tidak digunakan sebaik mungkin. . .
ReplyDeletebetul la tu, dah mcm robin hood. lawan team terer menang, lawan team lemah seri/sumbang mata/duit
ReplyDelete