Sejak pemergian Brendan, Angsa Laut dah jadi angsa panggang bagi lawan. Michael Laudrup, dengan reputasi hebat ketika zaman permainan tapi bukanlah pengurus cerdik. Memang dia berjaya dapatkan Piala Liga dengan Swansea tapi aura Brendan masih melekat dalam diri pemain dan permainan mereka masih bertiki-taka ketika itu. Namun sejurus musim kedua Laudrup nak ubah stail, sebab taknak orang cakap dia dok main macam Brendan.
Itulah pasal sebab nak jadi tikus perbaiki labu. Sistem tiki-taka Swansea dah berakar umbi dengan pemain. Jadi buah labu kian hancur dan tikus pun kena halau. Lepas Ludrup, Swansea bertukar-tkar pengurus namun semuanya hampas dan paling malang Bob Bradley hanya sempat pengang beberapa bulan sahaja. Saya nampak kejayaan Swansea juga asbab pemilik lama Huw Jenkin yang memang punyai impak dari atas sampailah kebawah. Tapi itu dulu.
Pemilikan sekarang dari USA masih kekalkan Huw, tetapi mereka ada agenda sendiri yang mungkin mereka anggap nak bawa kedepan tetapi dengan membawa kembali cara lama. Kesilapan Huw yang terlalu gopoh, nak kuasai Eropah tersilap langkah dengan pembelian yang tak masuk dengan sistem tiki-taka. Sekarang Swansea mengambil Paul Clement, bekas jurulatih muda dari Bayern untuk kembalikan reputasi sebab mereka mahukan Clemet bawakan identiti baru yang lebih kepada projek jangka panjang walaupun gugur dari Liga Perdana Inggeris.
Saja nak cerita sikit perihal perkembangan Swansea walaupun mereka dah tak gah cam dulu. Tengok perlawanan mereka masa lawan Arsenal minggu lepas apa yang kurang bagi pemain ialah mereka belum serasi dengan corak Clement. Idea Clement untuk mainkan ocrak lama tak berkesan sebab tiada pemain tengah yang cemerlang macam Britton dan Allen. Lagi satu rupa-rupanya Swansea macam dah hilang satu piston, bila jual Ashley Williams kepada Everton. Maaf cakap, kesilapan FSG masa Brendan berkuasa dulu ialah tak bagi dapatkan Williams untuk ganti Carragher.
Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Lallana Firmino Coutinho
Pemain utama makin ramai yang dah kembali cergas. Cuma masalah Matip masih menjadi tandatanya adakah FIFA benarkan Matip main atau tak. Kalau dah Cameroon tak bawa dalam skuad patutnya dia tak terikat untuk dihalang main. Mungkin silap Matip juga sebab tak buat susulan bertulis dengan Persatuan Bolasepak Cameroon dan juga FIFA. Takkah naya kena gantung tak bertali tanpa ada penjelasan nak boleh main atau tidak. Dah nak jadi macam FAM punya perangai pulak.
Bila cerita pasal AFcon, cerita pasal Mane dan Senegal jadi buah mulut. Anak Pak Imam tu rasanya takkan balik awal sebab Senegal macam dah tempah tempat kepusingan seterusnya iaitu pusingan Suku Akhir. Paling awal balik hujung bulan ini itupun kita kena berharap pasukan yang lawan Senegal main macam orang gila, sebab tengok cara Senegal main memang pasukan yang main dengan mereka kena getah teruk, itupun sebab Senegal main tak disiplin sangat.
Saat kebahagiaan Senegal derita bagi Liverpool. Cuma sedap sikit sebab Coutinho dah kembalikan sedikit kecerian dek kehilangan Mane. Buat masa ni Klopp boleh simpan balik Origi dan kembalikan Firmino dipuncak serangan. Kita nak tengok trio Lallana-Firmino-Coutinho mengganas kubu Swansea yang memang haprak tetapi bakal main bertahan gila-gila. Origi mungkin bagus sebab dia bernasib baik boleh jaringkan gol sebelum ni, tetapi dari permainan Origi nampak kurang fleksibel untuk main tukar-tukar posisi dengan rakan serangan lain.
liv 4 - 0 swansea
ReplyDeleteliv 3 - 0 swan
ReplyDelete-stan-
Kite menang 5-0
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Swansea
ReplyDelete#YNWA
Burung merah 4-0 Angsa putih
ReplyDeleteLiv 2-0 swan
ReplyDeleteAleym
Liverpool 2-0 swansea
ReplyDeleteKluangman
Liverpool 1-0 Swansea..
ReplyDeleteliv 4 swa 0
ReplyDeletecheck²!
ReplyDeleteabam tikam Liverpool 4-0 Swansea.
#ynwa
Mng 3-0
ReplyDeleteLiverpool 4-1 swansea
ReplyDelete-azhar ynwa-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLiverpool 4-1 Swansea
ReplyDeletehadiah untuk perlawanan padat. . .Liv 6 Swan 0
ReplyDeleteF**k!!! kputusan yg sngt bgus. next lwn chelsea. aq dah kata..xde yg nak brni nak mngelcek lwan utk mnghncurkan kubu lwan. tngok cara diorang mmng brbeza. diorang brni nak gelecek defend kita smpai dpt free kick dan kad kuning. pmain kita x. ckup tenang bila mnyerang so defend diorang pun x trkcau. kena tekan ckit pass tngh dan blkng. hrap org tngh je nak bagi pluang. malas dah klau mcm ni trus. mmng x bole dpt juara dah. apala nasib. s*al btul. lbih baik aq x tngok..klau tngok klah skit hati jak. mmng bnyk dugaan musim ni.. satu persatu org pnting x main.
ReplyDeletedah brpa kali aq tngok pihak lwan yg arsenal dah klahkan mnggu lalunya mesti klahkan team liverpool. siap mng bsar lgi arsenal, tapi liverpool down.
ReplyDeleteNasib baik kalah. . .kalau menang rugi 3 mata. . .Owner dan Jurulatih Liverpool ni bodoh sombong. . .Fifa denda kerana turunkan Joel Matip sanggup bayar. . .Tapi beli pemain baru kedekut. . . .Liverpool...Liverpool. . .
ReplyDeleteAq nak kongsi pasal jual beli. Cadangan aq utk cari pemain yg mngkin akn brjaya msuk klau kloop bida, goli yg ok Hart ataupun nak lgi bgus Buffon. left back aq cadang Rose. Midfield Dele Alli. Striker Aubameyang ataupun Aguero.
ReplyDeleteBkan senang ye bro nk dpat, huhuhu....yg hart tu bleh diterime lgi
DeleteBkan senang ye bro nk dpat, huhuhu....yg hart tu bleh diterime lgi
Delete