Walaupun pun dikritik sebab turunkan ramai anak ikan, Klopp masih buat pekak. Apa barang nak risau sebab dia tahu Plymouth memang takkan nak main terbuka sangat. Rasa agak-agak formasi nak macam 442 sebab Origi dan Sturridge sorang main atas dan bawah secara giliran. Woodburn dan Coutinho di sayap. Manakala Stewrat dan Ejaria mengawal bahagian tengah. Bek berempat hanya kekal Alexandar yang lain Gomez, Lucas dan Moreno masuk ganti beberapa pemain senior untuk perlawanan ini.
Saya dah rasa muak dengan corak hantaran pendek yang terlalu nak selamat. Paling selamat hantaran belakang dan sisi lepas tu ulang-ulang. Padahal opsyen pemain tengah untuk main satu dua mereka tak terokai. Mungkin atas arahan Klopp namun apa yang pasti Plymouth memang suka kita main cenggitu sebab mereka dah bersedia untuk main serang hendap. Serangan Plymouth tak berbahaya sebab dengan adanya Gomez semuanya dibereskan termasuk pemain penyerang sado Plymouth yang dok kena taram dari belakang selalu.
Lucas yang bertindak sebagai Ketua pasukan memang jadi contoh terbaik pagi tadi. Memaglah Plymouth pasukan cap ayam, tetapi cara Lucas berkomunikasi dengan pemain lain ternyata mematahkan percubaan serangan tinggi Plymouth. Dia bertindak sebagai libero sebab banyak membawa bola keatas dan Gomez tinggal kat bawah. Namun rezeki Lucas yang kegersangan gol akhirnya muncul. Hasil sepakan penjuru dari Coutinho, Lucas yang tak berapa tinggi menyambar bola hantaran sebab larian beliau tak siapa nak kejar.
Playmouh macam tersentap dengan gol itu dan mereka main dengan mod meyerang. Tetapi pertahanan Liverpool memang terbaik dari ladang. Karius pada mulanya ada juga nak buat pasal, tetapi menjadi benteng kukuh, tambahan pula pemain pertahanan lain banyak membantu dengan bentesan dan terjahan saat akhir untuk menyelamatkan pintu gol. Ada keadaan dimana Gomez dikatakan membentes lawan depan kotak tetapi sepakan percuma lawan tak merumitkan keadaan. Ada satu kali tu melompat juga peminat Liverpool bila sepakan Plymouth terkena tiang.
Pada saat terakhir serangan Liverpoool boleh tahan juga bila pemain muda seperti Wilson dan Ojo masuk. Paling menonjol ialah Ojo sebab dia menggunakan kelebihan fizikal untuk melakukan gelecekan untuk celah masuk dalam kotak. Gandingan beliau disebelah kiri dengan Moreno memang ngam. Hasil gerakan dari sebelah kiri Moreno mendapat lorongan melakukan larian tetapi beliau dibentes bek Plymouh dan sepakan penalti dihadiahkan. Origi mengambil sepakan itu tetapi kantoi sebab ambil sepakan macam pondan. Buang karan betoi baik bagi Wilson amik pun takpa.
Perlawanan berakhir dengan gol tunggal Lucas menjadi batu penghalang untuk Plymouh buat kejutan. Dengan keputusan 1-0 sudah cukup untuk Liverpool melangkah kepusingan seterusnya. Bagi yang tak tahu, undian telah dicabut sebelum ini lagi, dan Liverpool bakal berdepan lawan yang nampak mudah tetapi bahaya sebab suka makan orang iaitu kelab serigala, Wolverhampton Wanderers.
Rase nak maki mat kaca dengan origi semalam.main macam g*mp*ng...ok bai...
ReplyDeletesaya sukakan teknik ojo mnggnkn fizikal utk mngglecek. bkn dok pkir nak pass kat sapa tapi last2 kantoi. klau agresif mcm tu lgi bgus mmporakperndkan kubu lwan mnatau klau2 dia tackle dpt free kick dan corner mngkin. klau asyik nak hrap dri tngh smpai bila bru ada gol.kena mnyelit jgk. fizikal kena mantap wlaupun kena halang.
ReplyDeleteGoalkeeper: Simon Mignolet
ReplyDeleteDefence: Nathaniel Clyne
Defence: Dejan Lovren
Defence: Ragnar Klavan
Defence: James Milner
Midfield: Jordan Henderson
Midfield: Emre Can
Midfield: Georginio Wijnaldum
Forward: Philippe Coutinho
Forward: Adam Lallana
Forward: Roberto Firmino
Injured: Danny Ings
Coach: Jurgen Klopp
Goalkeeper: Lukasz Fabianski
Defence: Kyle Naughton
Defence: Federico Fernandez
Defence: Alfie Mawson
Defence: Martin Olsson
Midfield: Wayne Routledge
Midfield: Jack Cork
Midfield: Thomas Carroll
Midfield: Gylfi Sigurdsson
Midfield: Leroy Fer
Forward: Fernando Llorente
Injured: Jefferson Montero
Injured: Neil Taylor
Coach: Paul Clement