Klopp sendiri cakap dia kecewa bila seri dengan Sunderland. Kecewa sebab kita dah berpeluang dapat 3 mata tetapi terpaksa akur hanya berkongsi mata dengan tuan rumah. Ramai dok ejek pasukan kita macam Robin Hood, curi dari orang kaya dan berikan hadiah kepada orang miskin. Apataknya Menang dengan pasukan elit macam Arsenal, Chelsea dan City tetapi bungkus dengan Bunrnely dan Bournemouth dan seri dengan pasukan cap ayam seperti West Ham dan Sunderland. Inilah sindrom yang masih melekat pada pasukan kita bukan sahaja zaman Klopp, tetapi sejak Brendan, Kenny serta Rafa.
Ramai anggap Sunderland akan kena habuan macam kat Anfield haritu. Sebab dari awal permainan gandingan serangan Mane-Sturridge- Firmino memang ngam sekali. Nampak tersangat fleksibel, namun nak tembus tembok benteng pertahanan Sunderland, memang terkial-kial. Apa yang saya tengok pemain hanya nak main satu-dua sampai dalam kotak penalti. Cara tu memang ada masa boleh kendurikan lawan, tetapi bila setiap masa main camtu lawan dah tak heran, mereka perlu susun bas bagi kemas dalam kotak, setel masalah.
Saya percaya dan semua yakin dengan kemampuan Sturridge. Dia dapat gol percuma masa lawan Stoke hasil hantaran kebelakang, tetapi deria penyerang membuatkan Sturridge bersedia bila-bila masa untuk cari peluang sumbat gol. Macam gol pembukaan Liverpool. Hasil dari sepakan sudut, pergelutan didepan pintu gol Sunderland, bola muntah kedepan Lovren. Tak pasti samada Lovren nak sepak lambung atau sepak tak kena, tetapi hasil sepakan beliau sampai ke-arah Sturridge dan yang pastinya kebolehan dan kepintaran Mat Kaca menanduk lambung mengantoikan goli Sunderland untuk Liverpool mendahului Sunderland 1-0.
Sunderland kali ni main garang sejurus Liverpool mendahului. Hasil kerja-keras mereka dapat juga ihsan pengadil dapat penalti. Kalau tengok sekali imbas memang 50-50, sebab antara himpitan Gigi dan Klavan membuatkan Ndong jatuh atau Ndong memang ambil kesempatan nak cari penalti dengan masuk celah-celah pemain. Tetapi pengadil botak tu kesian dekat tuan rumah dan berikan penalti. Defoe bab ambil penalti memang bisa dan tenang menyudahkan sepakan untuk gol penyamaan Sunderland 1-1.
Separuh kedua Kapten Milner tak dapat teruskan permainan. Samda keletihan atau kecederaan kecil barangkali. Dia digantikan dengan Moreno . Liverpool menggandakan gol hasil dari sepakan sudut lagi. Kali ni pergelutan depan pintu gol antara beberapa pemain Liverpool dan Sunderland. Namun Mane pandai lepak kawasan tiada pemain lawan. Jadi bola kantoi pergi kearah beliau dan dengan mudah Mane menghulur kaki dan bola masuk kegawang. Pihak Sunderland membantah gol offside tetapi kali ni pengadil botak dan penjaga garisan bersepakat berikan gol kepada Liverpool untuk kembali didepan 1-2.
Malang tak berbau dan keseronokan mendahului macam jadi penyakit lama yang muncul kembali. Kali ni pemain kita cari penyakit bagi sepakan percuma kepada lawan luar kotak penalti. Siapa lagi kalau bukan Lucas yang memang selalu ambil mudah nak terjah lawan dekat kawasan bahaya. Sepakan percuma diambil Sunderland rasanya tak bahaya mana sebab Mignolet nampak bersedia nak tuju kearah sasaran. Tetapi Si Mane memang nampak sengaja tampan bola dan pengadil tanpa dakwa dakwi menghadiahkan penalti buat tuan rumah. Sekali lagi Raja Penalti EPL, Defoe menjadikan keputusan 2-2 hingga wisel penamat ditiup.
Saya puji sikap pemain walaupun keletihan tetapi main sebaik mungkin. Insiden penalti memang menyedihkan, tetapi apakan daya buat silap memang sifat manusia. Klavan dan Mane menyumbang dalam banyak perlawanan sebelum ini tetapi kadangkala mereka tak dapat kawal diri. Mane nampak begitu kecewa sebab dia ingat dengan gol kedua dia dah berikan hadiah sebelum berangkat ke Gabon. Tetapi tak sangka dia juga berikan lawan mata dan jarak mata dengan Chelsea.
dah 26 tahun Bookie dan liverpool BERPISAH TIADA. . .Bilalah cengkaman ini nak terurai. . .
ReplyDeleteSelagi mendatangkan keuntungan bagi pihak2 tertentu,selagi itu lah berpisah tiada...ade macam drama sikit baru syok.betul bro?
DeleteKudis lama tu tak dapat dibasmi oleh en.kulop lagi...macam mana nak jadi juara? nampak pemain liverpool macam letih sikit..patut.masukkan beberapa pemain baru..
ReplyDeletechelsea dpt rehat sampai hari khamis, liverpool rehat sehari. mana adil ni ?
ReplyDeleteHarap spurs harap bantai or ikat chelsea.. so gap stay 6 point #inkloopwetrust
ReplyDelete-azhar ynwa-