
Kecederaan Paul Konchesky memberikan tamparan hebat buat kita. Bukannya tiada pengganti, namun dia adalah satu-satunya bek kiri senior yang kita ada. Paling awal mungkin dua minggu beliau akan direhatkan. Agger mungkin calon utama untuk ganti Konchesky, tetapi dia lebih mantap jika bermain ditengah berbanding tepi. Jadi untuk perlawanan Liga dan Europa, takkan kita hanya bergantung harap dengan beliau seorang. Pemain lain yang mungkin boleh digunakan ialah Kelly atau Wilson. Kelly walaupun dapat bermain baik diposisi itu ketika Piala Europa sebelum, namun Wilson pula agak kurang menyerlah bila diberikan tugas itu ketika tewas kepada Northampton minggu lalu.
Tapi ada yang tertinggal. Aurelio. Ada macam tak ada. Saya seakan lupa langsung yang kita masih ada seorang lagi bek super senior dalam senarai bek kiri. Tapi sayang seribu kali sayang. Kita hanya gila bayang. Aurelio masih lagi kurang sihat dan tak pasti bila dia akan benar-benar pulih. Tapi kalau dia pulih dan bebas kecederaan sudah pasti kita akan tak runsing lagi mengenai posisi di kiri lagi. Pemain serba lengkap ini amat menonjol ketika musim kita hampir dapat kejuaraan liga. Ingat lagi gol sepakan percuma dengan Chelsea, pergh Beckham pun cemburu tengok ada orang boleh tiru macam dia. Tapi dia juga mantap bertahan dan jarang diperdaya oleh sayap lawan hatta Ronaldo sekalipun.
Jadi tak kisahlah siapa yang bakal main dikiri. Yang penting kena berusaha lebih. Kalaulah tak lepaskan Insua mungkn Hodgson tak pening kepala sangat tapi apa boleh buat semuanya takdir.
No comments:
Post a Comment