Saya bukanya membuat spekulasi awal mengenai kontrak Agger, tetapi saya sudah bosan dengan gelagat beliau. Mulanya beliau meminta gaji sekali ganda. Sekarang pula tidak ingin hendak tandatangani kontrak pula. Bagi saya pemain seperti beliau harus faham situasi dan sikit bersabar. Bukannya beliau tiada peluang, tetapi masa depan beliau teramat cerah kerana Hyypia mungkin akan menggantung but tidak lama lagi dan Carragher bakal menjadi backup Skrtel-Agger pula selepas ini.
Ok, mungkin ramai tertanya-tanya mana datangnya Yoan Gourcuff dalam cerita ini. Setahu saya hanya AC Milan yang beria-ria mendapatkan Agger bagi menggantikan Maldini yang sudah diambang senja. Dan Gourcuff pula merupakan pemain Milan yang pada saya tidak berapa mendapat tempat dihati Ancelotti. Walaupun begitu pada penilaian saya terhadap Goucuff mutakhir ini, beliau ada kriteria yang Rafa mahu. Rafa inginkan pemain masih boleh dipertingkatkan dan boleh sesuaikan dalam perlbagai sistem dan taktik yang berbeza. Nah, Gourcuff ada semua kriteria itu.
Jika tidak bagaimana jurulatih Perancis, Domenech boleh memanggil Gourcuff yang kini dipinjamkan ke Bordeux kedalam Skuad utama Perancis. Malah persembahan beliau semalam dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia telah meyakinkan saya Gourcuff boleh dibentuk menjadi setaraf Zidane jika kena caranya.
Untuk mendapatkan bek yang setaraf Agger bukannya mudah, dan saya rasa plan A Rafa ialah mengekalkan Agger. Tetapi kalau ditakdirkan beliau pergi ke Milan, Gourcuff mestilah dijadikan pemain tukaran. Pastinya Rafa sudah menyediakan plan B, iaitu mendapatkan pemain bek baru seperti Albiol, Kjaer atau senarai rahsia yang bakal memeberikan kejutan buat kita.
No comments:
Post a Comment