
Ini merupakan berita yang paling menggembirakan buat semua. Liverpool hampir-hampir kehilangan permata berharga yang merupakan pertahanan masa depan yang sekarang pun sudah memang diakui hebat. Sebelum ini ramai peminat yang marah kepada Rafa kononnya tidak bersungguh-sungguh untuk memberikan kepastian kepada Agger tempat dalam kesebelasan utama.
Namun saya rasa Agger bukannya tidak faham situasi tersebut kerana Hyypia sudah mencuci but dan Carragher sedang berjinak-jinak dalam kejurulatihan. Cuma beliau ingin imbuhan yang berbaloi untuk menguji kesungguhan Rafa dan kelab terhadapnya. Mulanya saya turut meragui kesetiannya, kerana media acapkali memberikan gambaran yang beliau tidak berpuashati dan ingin keluar dari Anfield. Tetapi segala prasangka telah berakhir dengan berita yang beliau bakal bersama kita untuk 4 tahun lagi.
Gandingan masa depan Agger=Skrtel adalah pelengkap satu sama lain. Skrtel yang agresif dan berani boleh disamakan dengan Carragher, manakala Agger yang berkebolehan mengawal bola dan membuka permainan amat mirip lagenda 80an Alan Hansen bukannya Hyypia. Pengganti Hyypia belum lagi dapat dicari tetapi Agger dan Skrtel perlu belajar untuk mengatasi lawan dalam pertarungan diudara. Dan jika salah seorang dapat melengkapkan diri dalam disiplin itu maka benteng kita tidak akan tercabar untuk masa kan datang.
Saya memang rasa Agger adalah pemain pertahanan yg mempunyai pelbagai skil menarik dari segi bertahan dan juga menyerang. Bukti pemain pertahanan yg mempunyai skil menyerang adalah dgn beberapa gol menarik yg telah dijaringkan olehnya. Rafa perlu memberinya lebih peluang untk beraksi dlm kesebelasan utama dan menjualnya bukan satu tindakan yg bijak.
ReplyDelete"Cara Menjana Pendapatan Melalui Internet - www.smartbiz-jcs.blogspot.com"