Ketua pasukan The Reds ini menegaskan dia ingin terus kekal di Anfield sepanjang kariernya. Gerrard memuji prestasi terkini Liverpool dan mengakui teruja untuk merampas gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada penyandang juara musim lalu, Manchester United.
Kapten The Reds itu turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meninggalkan Anfield malah berharap dapat menandatangani kontrak baru bersama pasukan berkenaan.
“Saya tidak pernah gembira seperti ini sepanjang karier saya. Saya mewakili pasukan terkuat di samping pemain bertaraf dunia.
“Saya percaya berkat pimpinan pengurus Rafael Benitez, kami boleh menempa lebih banyak kejayaan. “Ia amat penting. Kami terlalu dahagakan kemenangan. Saya amat gembira dengan persembahan kelab setakat ini. Saya sedia menandatangani kontrak baru di sini,”
kata Gerrard. Gerrard, 28, meledakkan 21 gol dalam 38 penampilan musim ini. Enam daripada golnya adalah pada tiga perlawanan terdahulu. Pemain tengah Liverpool itu mengakui seronok bergandingan dengan penyerang Fernando Torres.
“Hubungan saya dengan Benitez lebih akrab dari semasa ke semasa. Mungkin saya mementingkan diri sendiri ketika muda kerana beraksi di posisi yang tidak digemari.
“Saya mula sedar ia untuk kebaikan kelab. Kini saya beraksi di posisi kegemaran. Saya kapten dan kami memenangi perlawanan sejak akhir-akhir ini. “Dulu, saya enggan terlalu memikirkan gelaran juara dan berasa dipinggirkan. Kini, hidup mati saya hanyalah untuk Liverpool,” katanya.
No comments:
Post a Comment