LONDON - Bekas Pemain Terbaik Dunia, Kaka mendedahkan bahawa AC Milan perlu mendapatkan khidmat pemain seperti Steven Gerrard untuk menjadi- kan mereka sebuah kelab yang hebat di Eropah.
Kelab gergasi Itali itu gagal layak ke kempen Liga Juara-Juara musim ini dan telah pun tersingkir pada pusingan kedua Piala UEFA.
Mereka juga mengalami musim yang menghampakan tahun ini apabila ketinggalan 14 mata kepada pendahulu dan musuh tradisi, Inter Milan dalam saingan Serie A.
Dalam masa yang sama, Milan juga berdepan krisis pemain apabila skuad itu dibarisi kelompok pemain lama selain khabar angin yang mengaitkan jurulatihnya, Carlo Ancelotti akan berhijrah ke Chelsea pada musim panas ini.
Namun bagi Kaka, dia percaya sesuatu perlu dilakukan demi menyelamatkan reputasi Milan.
"Kalau saya, saya akan mendapatkan pemain seperti Gerrard di mana bagi saya dia adalah pemain paling sempurna," kata bintang Brazil itu.
"Saya suka bola sepak moden dan saya suka pemain yang tahu bagaimana cara untuk menyerang serta bertahan.
"Dia boleh bermain di mana-mana posisi, sebagai perancang, pemain tengah, perancang kanan dan akan serasi di Milan."
Kaka juga sedar Milan perlu memperbaiki kekuatan skuad mereka sekira- nya mahu menjulang beberapa trofi utama musim depan.
"Kitaran sudah berakhir dan satu era baru akan bermula.
"Sudah tiba masanya untuk kita menampilkan pemain-pemain yang lebih baru dan bertenaga," kata Kaka.
"Kamu boleh membentuk gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda dengan keinginan yang sama iaitu menang." - Agensi
Komen: Buat Kaka, kalau nak berpasangan dengan Gerrrard datanglah ke Anfield.
No comments:
Post a Comment