Semua peminat Liverpool sedang dalam kegembiraan berganda minggu ini. Rasanya tak perlu saya ulas perlawanan tersebut dengan terperinci cuma ada sedikit tanda-tanya mengenai apa yang kita tempuhi sepanjang minggu ini. Pemain kita telah bermain seperti diberi Ma'ajun kuat ala cerita Laksamana DoReMi. Apa yang dibuat serba menjadi, tidak seperti sebelum ini ketika menentang Man City. Telah terfikir juga saya apakah faktor yang menyebabkan keputusan luar duga tersebut.
Dalam teori konspirasi seorang peminat Man U beliau berkata kelabnya tewas kerana kesilapan mereka bukannya atas faktor kekuatan kita. Tetapi dalam bolasepak, pasukan yang berjaya mengatasi atau kurang melakukan kesilapan pastinya hebat dari segi persediaan mental serta taktikal dan sebaliknya untuk mereka yang kerap melakukan kesilapan. Maka disini boleh diambil kesimpulan bahawa Rafa bukan sahaja bergantung kebolehan individu pemain beliau, tetapi persedian dari segi taktikal dan mental telah berjaya beliau terapkan dengan begitu efektif sekali.
Kekadang terasa pelik juga, pemain yang selama ini menjadi tohmahan peminat seperti Lucas dan Dossena telah memberikan persembahan yang lain dari sebelum ini. Lucas pada mulanya ketika diperkenalkan dalam barisan utama menjadikan saya begitu seram sejuk. Apatah lagi beliau menggantikan Alonso yang kita pasti lebih dominan dari beliau. Tetapi dengan permainan selamba beliau tidak ubah seperti ketika kita membelasah Newcastle 5-0 dulu. Patutlah Rafa masih meberikan beliau peluang dan kita juga mungkin terlupa yang beliau masih muda. Dossena pula amat efektif disayap kiri, padahal Rafa membeli beliau untuk mengggantikan Riise. Gol beliau walaupun tidaklah penting cuma mebuatkan saya terfikir yang Rafa sudah menemui pengganti Keane.
Faktor nasib dalam perlawanan sebelum ini tidak boleh dinafikan. Tetapi dalam perlawanan sebelum ini kita bukan hanya bergantung kepada nasib sahaja. Permainan kita keseluruhannya amat efektif dan merupakan 80 peratus faktor penyumbang dan selebihnya barulah bergantung kepada nasib. Keadaan ini pastinya hasil dari titik peluh dan kerja keras pasukan untuk mencerahkan peluang memburu kejuaraaan Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.
Faktor Gerrard-Torres memang sekali lagi menjadi ukuran keputusan minggu ini. Mereka berdua bagaikan Batman dan Spiderman, kedua-duanya mempunyai abiliti tersendiri untuk menundukkan lawan. Gerrard dengan sentuhan magis dan pergerakan untuk mengancam lawan dari seluruh padang, manakala Torres pula amat licik dan pantas untuk menghadapi lawan yang agresif dan berpengalaman. Kedua-duanya sukar dibendung oleh Real mahupun Man U. Kalau dicabut kedua-duanya dari kesebelasan pastinya kita sekadar pasukan pemburu tangga ke-4.
Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum perlawanan, Man U boleh dijinakkan lagi oleh pasukan lain asalkan mereka tidak terlalu takut dengan skuadron Syaitan Merah. Memang 9 perlawanan akhir ini kan lebih mencabar kerana Chelski telah berada dalam landasan yang terbaik dan mereka juga berpotensi bergelar juara. Namun bola itu bulat. Sesiapa tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi setelah tamat 38 perlawanan liga nanti.
Dan akhir sekali, Rafa telah sekali lagi mengguris hati Ferguson tetapi kali ini bukan saja diatas gelanggang media tetapi juag diatas padang.
No comments:
Post a Comment