
Robbie Keane telah meninggalkan pasukan yang beliau minati sejak kecil. Pemergian beliau mungkin disesali oleh sesetengah peminat. Mungkin kerana beliau tidak diberikan peluang secukupnya dan juga masa untuk beliau membuktikan kemampuan beliau terlalu singkat untuk diadili.
Sebetulnya kehadiran beliau memang untuk digandingkan dengan Torres walaupun formasi pilihan Rafa adalah 4231. Torres akan beroperasi sebagai penyerang solo dan Keane akan diletakkan dalam posisi penyerang bantuan yang mana diisi Gerrard kebelakangan ini. Apa yang diharapkan Rafa supaya Keane mengambilalih posisi itu dari Gerrard nampaknya tidak berhasil. Kebolehan beliau terbatas diposisi itu. Sepanjang ketiadaan Torres, beliau begitu menghampakan.
Maka sekarang timbul pula persoalan kenapa Rafa tidak mencari penyerang baru kerana manalah tahu Torres munkin mengalami kecederaan serius. Mungkin ramai yang akan kecewa jika Kuyt diberikan peluang sebagai beliau lakukan sebelum ini.Bagi saya jawapan itu sebenarnya berada didalam pasukan sekarang. Ryan Babel atau David Ngog rasanya akan diberikan peluang untuk beraksi disamping Torres atau pengganti Torres.
Kebolehan mereka berdua mungkin boleh menjadi pertikaian kerana Babel hanya bermain baik diposisi Sayap dan Ngog terlalu kurang pengalaman. Tetapi bagi saya kedua-dua mereka masih muda dan mungkin dapat dibentuk dalam acuan Rafa. Walaupun Babel seringkali bertindak sebagai pemain sayap namun beliau mempunyai aset yang penting iaitu mempunyai larian pantas dan mampu mengelecek lawan. Namun Babel masih kurang dari segi kemahiran hantaran dan membaca pergerakan rakan. Ngog pula tidak banyak yang boleh dikomen kerana peluang untuk melihat aksi beliau amat terbatas tetapi banyak yangbeliau perlu pelajari untuk menjadi backup bagi Torres.
Dan saya berdoa supaya Torres tidak mengalami kecederaan hingga akhir musim ini, jika tidak pastinya Rafa terpaksa mengharungi perlawanan demi perlawanan dengan skuad yang sedia ada. Terpaksa juga memperjudikan nasib untuk menggondol kejuaraan Liga Perdana dan mencabar Man U dengan skuad serangan yang kurang mantap.
No comments:
Post a Comment