Bukan maksud saya mengkritik corak "zonal marking' yang diterapkan Rafa ketika Liverpool menghadapi set-piece lawan. Tetapi kebelakangan ini skuad kita telah dua kali bocor dengan gol dari sepakan penjuru. Semacam tidak ada konsentrasi dan kesefahaman antara barisan pertahanan untuk mengawal pemain lawan. Lihat sahaja gol Cahill dan Lescott dlam kedua-dua perlawanan sebelum ini. Mereka memanipulasi sistem kawalan pertahanan kita dengan mudah. dengan erti kata lain, David Moyes telah melakukan kerja rumah yang teliti untuk mencari kelemahan musuhnya. Dan ternyata beliau berjaya mencari peluang dan berhasil merobek gawang kita tanpa banyak percubaan merbahaya.
Nampak gayanya Rafa perlu mengubah sedikit strategi beliau ketika bertahan. Kerana lawan kita telah berjaya memanipulasi sistem "zonal marking" kita. Pemain kita sendiri juga seakan-akan masih kurang berupaya memahami sistem itu atau tidak mematuhi arahan taktikal Rafa ketika bertahan. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut Cahill yang begitu licik tidak dijaga oleh sesiapa pun, wahhal kita tahu yang beliau merupakan pemain yang merbahaya jika tidak diawasi ketika set-piece diambil. Perlawanan pertama beliau menjaringkan gol penyamaan dan perlawanan seterusnya pula beliau sekali lagi melakukan tandukan tanpa dicabar dan disambung oleh Lescott untuk menewaskan Reina.
Dalam situsi dimana lawan kita bermain terlalu berlalu defensif dan gemar melakukan serang balas, gol yang dijaringkan oleh penyerang kita mungkin akan menetukan kemenangan. Dan ketika inilah pemain pertahanan perlu memainkan peranan penting dari segi mental dan fizikal untuk mengekalkan kmenangan itu. Malah sekalipun pasukan buntu untuk menjaringkan gol hingga tamat masa perlawanan, gol lawan akan menidakkan peluang untuk pasukan kita sekurang-kurangya mengutip satu mata. Faktor nasib juga memainkan peranan tetapi percaya atau tidak menurut statistik, pasukan yang berjaya menjadi juara Liga selalunya mempunyai pertahanan yang kebal dan dibolosi dengan gol yang minima.
No comments:
Post a Comment