Kekalahan kepada Everton pagi tadi tidak memberikan kekecewaan sangat kepada saya cuma kerisauan saya timbul kerana kecederaan Gerrard. Apa tidaknya, beliau antara pemain yang begitu konsisten dalam tempoh sebulan dua dan sering menjadi penyelamat pasukan dalam keadaan kita begitu terdesak sama ada dari segi jaringan atau memberi inspirasi kepada pasukan. Menurut Rafa, Gerrard telah dikesan mempunyai risiko untuk cedera sejak menentang Wigan,namun keringat beliau tetap diperlukan dalam perlawanan tersebut
Kemasukan Benayoun tidak banyak mempengaruhi tempo permainan walaupun ketika itu pasukan kita banyak mengusai permainan. Separuh masa pertama Kuyt bermain diposisi Gerrard tetapi nampaknya tiada aksi yang baik ditunjukkan beliau cuma kerajinan beliau dalam menghambat bola. Separuh kedua Benayoun pula telah bermain di samping Torres dan Kuyt kembali keposisi kanan. Dan dapat disimpulkan bahawa kedua-duanya memang tidak dapat mengisi slot yang diisi Gerrard sebelum ini dalam formasi 4411.
Persoalan yang timbul sekarang, adakah Rafa akan tetap menggunakan formasi kegemaran beliau itu dengan tetap menggunakan Benayoun/Kuyt atau cuba mengubahsuai taktik dengan menggunakan pemain lain. Mungkin ramai yang tahu tanpa Gerrard dan Torres sebelum ini kita pernah menang dengan Man U, tetapi ketika itu prestasi skuad kita ditahap kemuncak dan Man U pula baru tercari-cari rentak. Malah pemain seperti Kuyt, Reira, Babel dan Mascherano pada ketika itu nampak begitu bersemangat dan dalam keadaan fizikal yang mantop.
Oleh kerana ketiadaan Keane pastinya Rafa terpaksa menggunakan Kuyt, Babel atau Ngog untuk digandingkan dengan Torres. Tetapi keyakinan kita untuk gandingan itu tidak sama seperti gandingan Gerrard-Torres. Namun pastinya Rafa tidak tidur lena untuk memikirkan persoalan itu lebih daripada kita.
Cabaran akan datang adalah berhadapan dengan Portmouth yang agak merosok kebelakangan ini. Walaupun atas kertas boleh dianggap boleh makan, tetapi pasukan yang terdesak macam Pompey ibarat harimau yang terluka. Tambahan pula bekas pemain kita, Pennant dan Crouch pasti tahu selok-belok pasukan dan mempunyai idea untuk menyekat pasukan kita. Pastinya pertembungan itu nanti lebih mendebarkan dari pertembungan dengan mereka sebelum ini.
No comments:
Post a Comment