
Rafa Benitez telah menjemput pengurus Pasukan Argentina yang baru, Diego Maradona datang ke Anfield. Lagenda bolasepak Argentina ini tidak perlu diperkenalkan kepada semua, rata-rata semua orang mengenali beliau.
Maradona dikatakan ingin melihat Mascherano berlatih dan mungkin berada di Anfield sewaktu perlawanan Juara-juara Liga menentang Atletico Madrid selasa ini memandangkan Atletico Madrid mempunyai beberapa orang pemain dari Argentina.
Benitez dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang Mascherano dan pasukan Argentina. Benitez mengalu-alukan kehadiran beliau disesi latihan nanti dan cuba memujuk Maradona menunjukkan skill beliau.
No comments:
Post a Comment