Masih terdapat suara-suara sumbang dari luar menidakkan keupayaan Liverpool musim ini sebagai pesaing hebat untuk menjuarai Liga Perdana. Dalam temuramah dalam akhbar baru baru ini, Michael Ballack dan Jimmy Bullard menggangap sedemikian. Mungkin faktor tiada pemain pelapis dalam Liverpool yang berupaya mengangkat pasukan ketika pemain utama cedera atau digantung perlawanan. Mungkin juga kerana Benitez sering menukar kesebelasan utama ibarat menukar baju. Semua tohmahan tersebut tidak berupaya menolak apa yang tertulis dalam carta Liga. Dengan berkongsi mata dengan Chelsea dan pernah menewaskan mereka tempohari, malah menewaskan Man U, Liverpool bukanlah seperti 2-3 musim yang lalu. Badi prestasi awal musim yang hambar ketika musim terdahulu telah diperbaiki. Malah tewas kepada Totenham pun masih berjaya bangkit pada perlawanan berikutnya.
Tetapi ada baiknya juga jika pasukan lain tidak respek dengan keupayaan Liverpool. Lihat sahaja perlawanan sudah-sudah, Man City seakan telah menang 3 mata ketika separuh masa pertama, tetapi separuh masa kedua mereka tewas dengan ego mereka sendiri. Wigan, Marseille Middleborough telah merasai sendiri kekuatan semangat juang soldadu merah.
Kesimpulannya, jika semakin tinggi harapan maka semakin banyak tekanan untuk berjaya. Dan makin banyak pulak tekanan akan membuatkan para-pemain menjadi terlampau berhati-hati sehingga melemahkan semangat juang dan akan mudah kecewa apabila membuat kesilapan. Nasib baiklah Liverpool mempunyai pengurus yang bijak mengendali situasi walaupun selepas perlawanan Fulham tempohari beliau tidak memberikan tekanan kepada individu tetapi membela dan memberikan keyakinan untuk meneruskan cabaran.
IN RAFA WE TRUST
No comments:
Post a Comment