
Dalam Era bolasepak moden, tugas Fulbek atau Bek sisi, bukanlah sekadar menangkis serangan lawan dari bahagian sayap, malah keupayaan membantu serangan dari bawah menjadi tren bolasepak kini. Ciri-ciri asas yang diperlukan seperti marking, memintas bola, bentesan dan mempunyai konsentrasi serta mempunyai stamina dan fizikal yang mantap. Namun pemain tersebut perlu mempunyai sedikit kelajuan, boleh menggelecek serta melakukan hantaran tepat dan hantaran lintang merupakan aset tambahan supaya menjadi Fulbek yang mantap dan hebat.
Antara bek yang terbaik pernah bermain sebagai Bek Kanan adalah Rob Jones dan Markus Babbel, kedua-dua pemain ini mempunyai ciri yang agak lengkap sebagai Fulbek yang hebat. Selain hebat ketika bertahan mereka ini mampu melakukan larian Overlap serta mempunyai hantaran lintang yang baik. Bonus juga mereka dapat menjaringkan gol penting semasa membantu serangan. Namun kedua-duanya mempunyai karier singkat akibat kecederaan teruk. Cuma Steve Finnan saja hampir mempunyai konsistensi seperti mereka dari segi bertahan namum kurang menyengat ketika menyerang. Pemain lain sperti Haggem, MacAteer, Xavier,Stephen wright, Josemi, Krongkamp, malah Arbeloa belum nampak konsisten diposisi ini.
Tetapi lain pula cerita dengan Bek Kiri, pernah disi oleh Matteo, Babb, Stauton, Bjornebye, Traore, Carragher, Riise dan kini Aurelio serta Dossena. Persembahan mereka terumbang-ambing, semusim-dua bagus namun selepas cedera, langsung merosot. Sebagai contoh Bjornebye dan Matteo merupakan pakar overlap tetapi mereka juga menjadi lubuk counter-attack lawan. Hanya Riise saja dapat bertahan agak lama, mungkin kerana jarang cedera dan juga mempunyai taktikal dan pakar rembatan jauh. Aurelio hampir menambat hati saya dari segi teknikal dan skill dari segi bertahan dan serangan. Namun akibat sering dibelenggu kecederaan keupayaan beliau untuk menunjukkan prestasi sebenar terbatas. Dossena pula saya belum boleh memberi kesimpulan kerana beliau baru sahaja bermain dan mungkin perlu mngambil masa untuk sesuaikan diri di EPL.
Jika diberi pilihan, Dani Alves dan Philip Lahm merupakan calon sesuai untuk mengisi posisi Bek Kanan dan Kiri kerana mereka adalah antara yang terbaik dan bertarap dunia dalam posisi masing-masing dan juga mematuhi piawaian dari semua aspek.
No comments:
Post a Comment