
Ryan Babel menyatakan kegusaran beliau sebab tidak berpeluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama musim ini. Mungkin akibat dari kurangnya sistem gantian pemain ala musim-musim lalu akibat Benitez telah menerima azab dari sistem rekaan beliau itu.
Babel sendiri mengakui yang dalam keadaan bersaing sebagai peneraju liga, untuk memberikan peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi mungkin berisiko tanpa sebarang alasan seperti cedera atau digantung perlawanan.
Namun beliau juga menimbulkan persoalan bahawa macamana pemain boleh meningkatkan prestasi dan menunjukkan kebolehan jika hanya berada di bangku simpanan dan jika diberi peluang bermain pun tak sempat peluh keluar.
Apa yang menariknya Babel ini yang walaupun beliau merungut banyak tetapi tetap akan berusaha menambat hati Benitez untuk menjadikan beliau kesebelasan utama dan tidak akan berputus-asa terlalu awal kerana masih banyak masa lagi dengan kontrak beliau hingga 2012.
No comments:
Post a Comment