Sasaran terbaru Liverpool ini mahu kelabnya, Coritiba menjualnya segera. Pemain remaja Brazil ini mengharapkan peluang bermain di Eropah secepat mungkin. Menurut sumber, pemain ini telah ditawarkan kepada Liverpool walaupun banyak lagi kelab gergasi Eropah lain sedang memantau pemain sensasi ini. Dengan mendapat jolokan "Ronaldinho baru" pemain berusia 19 tahun ini, telah meledakkan 67 jaringan daripada 101 penampilan bersama Coritiba. Baru-baru ini beliau telah dipanggil menyertai pasukan Brazil b-23.
No comments:
Post a Comment