
Masih berada ditangga kedua berbeza dengan perbezaan jaringan keputusan seri amat mengecewakan.
Banyak faktor penyumbang yang menidakkan 3 mata. Antaranya seperti penyudah Keane yang sangat lemah. Peluang itu sepatutnya dimanafaatkan oleh beliau hanya melakukan tap leret ke gawang tapi sebaliknya dia melakukan rembatan dan Schwarzer berjaya menepis bola keluar. Sedih betol. Peluang sebeginilah selalu beliau sia-siakan pada perlawanan terdahulu. Sudahlah tidak dapat menjaringkan gol beliau seakan malas untuk melakukan rembatan jarak jauh dikala peluang terbuka.
Torres juga seakan tidak mempunyai tuah kerana sepakan lencong dari luar kotak agak tersasar . Dan satu lagi peluang beliau merembat tepat dan Schawarzer berjaya menepis keluar.
Riera dan Kuyt agak tenggelam separuh masa pertama tetapi bangkit diakhir-akhir perlawanan. Babel dan El Zhar tidak dapat mengembalikan imej mereka sebagai pemain impak dan tidak berupaya merobek kubu pertahanan Fulham.
Faktor peyumbang yang agak ketara adalah Lucas Leiva. Pemain ini yang sepatutnya menggalas tugas Gerrard sebagai perantara tengah dan serangan seakaan kaku, ketandusan idea dan boleh dikategorikan pemain yang bakal tiada masa depan di Anfield. Saya rasa Mascherano tampak lebih bersemangat dari Lucas namun beliau lebih kepada melakukan kerja kotor dibawah untuk menyekat Jimmy Bullard yang begitu mengkagumkan. Terasa macam Gerrard pulak bermain dengan pasukan Fulham. Kemasukan Alonso bagi menyuntik semangat pemain lain dimana penyokong distadium melaung-laungkan nama beliau supaya masuk menggantikan Lucas.
Permain pertahanan nampak lebih disiplin walaupun sekali sekala kesilapan Agger dan Carrragher mungkin membawa padah kerana Johnson dan Zamora bermain dengan agak baik.
Rafa dalam ulasan selepas tamat perlawanan bertindak mempertahankan tidakan beliau yang membiarkan Lucas bermain 90 minit. Beliau berkata hanya Lucas yang tidak bermain semasa perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Agak terkilan dengan jawapan itu tetapi apakan daya, Rafa suka menggunakan statistik dan ukuran. Dan ukuran beliau kali ini keatas Lucas mempunyai ralat yang tinggi. Samada beliau boleh mempertingkatkan permainan dimasa akan datang atau tidak masa kan menentukan.
Apa-pun ketiadaan Gerrard masih menjadikan corak permain Liverpool mudah dijangka dan statik. Tiada unsur kesungguhan dan kreativiti untuk mencari gol dan mempengaruhi rentak permainan seperti mana ketika Gerrard berada dalam pasukan.
No comments:
Post a Comment