John Henry telah mensasarkan musim depan Liverpool mesti berada dalam kelompok empat terbaik dan seterusnya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Ini memandangkan beliau dah melabur hampir 100 juta pound untuk mendapatkan pemain terbaik di Liga England dan Eropah. Pelaburan mesti mahu untung atau balik modal sekurang-kurangnya, dan itulah sasaran yang bagi saya sangat optimis memandangkan banyak lagi hal yang perlu diperbaiki contohnya pasukan kita masih menjadi lubuk gol.
Namun jika Henry beri kelonggaran kepada Kenny untuk mendapatkan bek kiri dan tengah baru, saya rasa sasaran yang diberikan untuk layak ke Liga Juara-Juara adalah realistik lagi munasabah. Bukan saya pertikaikan pemain yang sedia ada namun kita dah saksikan sendiri bagaimana gol mudah dilepaskan oleh pertahanan yang saya rasa patutnya dah serasi kerana hampir semua kekal muka yang sama musim lalu.
Macam rakan kita tulis dalam komen sebelum ini bahawa ketiadaan Suarez pasti beri cabaran getir nanti, kerana musim lalu dialah yang mengangkat permainan pasukan serta memberikan ruang selesa kepada rakan untuk bermain baik. Jika dapat dibeli seorang pemain seperti itu tak mustahil kita boleh mencabar untuk gelaran Liga Perdana Inggeris musim depan.
rasanya Kenny masih x minat membawa pemain bek kiri..x mungkin akan bawa lagi pemain tengah!!
ReplyDeletelast 2 season . Midfield jadi masalah besar liverpool . skrg ni overloaded ;p
ReplyDelete'dah melabur hampir 100 juta pound'..kalau aku jadi henry pun nak result yg baik untuk team..
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/
For everything english premier league and fantasy football...Malaysian style...
ReplyDeletefantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick
Harap2 bley dpt Enrique ...
ReplyDelete