Saya hanya sempat menonton 45 minit kedua, selepas pulang Terawikh (tak sempat sebat moreh) dan agak gumbira kerana Liverpool mendahului dengan gol tandukan Suarez, walaupub beliau terlebih dahulu melepaskan gol dengan penalti yang amat hampeh sekali. Saya rasa segala optimis peminat Liverpool yang hampir semua meneka paling kurang menang 1-0. Malah Downing nasib baik tembak palang,kalau tak lagi selesa didepan.
Separuh kedua nampak hanya beberapa kerat sahaja yang pulun mungkin sudah selesa mendahului. Namun apa yang saya nampak gandingan Lucas dan Adam macam tak klik sangat. Tapi apa yang saya nampak kesalahan Flanagan menjadi topik utama kekalahan, padahal dari awal separuh kedua pemain muda ini sudah hilang punca dan Henderson lansung kurang membantu. Gol Larson memang 100 % silap beliau tapi ingat Carragher dulu lagi hampeh dari ini.
Keseluruhannya saya anggap permainan Liverpool hanya mencari kepala Carroll kerana dengan pemain sedia ada sepatutnya kita main bola bawah sebelum gunakan Carroll dalam keadaan memang memerlukannya. Keluarnya Suarez juga faktor kemandulan Liverpool yang kian lelah dan hilang punca. Aquilani saya nampak boleh jadi hero jika dibawa masuk, tapi memandangkan dia dalam senarai hitam untuk dijual, Kenny terlepas pandang kebolehan Aquaman.
Selepas ini saya harap rombakan permainan perlu dilakukan dan pemain tengah yakni Lucas dan Adam perlu lebih dinamik dan jerit kepada Carragher untuk minta bola. Ini tidak banyak, kali bek kita melangkaui mereka untuk melakukan hantaran jauh yang banyak sia-sia. Carroll memang takda nasib kerana tandukan beliau banyak tak tepat, lagipun Wes Brown memang liat dan agresif mengawal Carroll.
Akhir sekali, nampaknya tak seorang pun dapat meneka dengan betul, maknanya tiada pendahulu dalam peraduan kali ini. Cuba lagi untuk perlawanan selepas ini.
szólj hozzá: Liverpool vs Sunderland 1-1
mana pi kelly?
ReplyDeleteYa btol , xkan tinggalkan Kelly ... Rugi btol la game nie ..
ReplyDeletepatut kelly first choice drpd flanagan..muda lg flanagan tu, xkecik ati pye....tpi aku masih xpuas hati...sebab gol carrol x sah semalam..patut boleh leading 3-4 gol first half...fist half dah cantik gila...liverpool je pegang bola...second half tiba2 je jadi xserasi..xpaham aku..
ReplyDelete2nd half performance kureng laa..
ReplyDeleteIngatkan main formasi 4-2-3-1 mcm prea-season, tp main plak 4-4-2..
2nd hald pass n move dah jd pass n heading..
suarez xgol..
ReplyDeleteMasa 2nd half The Reds bagaikan main macam Harimau Malaya vs Singapore..huhuhuhu..
ReplyDeleteAku puji dengan player midfield baru Sunderland iaitu Stéphane Sessègnon..player ni sangat kreatif..midfield kita tewas dengan dia..
http://simple-mzs.blogspot.com/