
Entah mana wartawan CoughtOffside dapat berita ini pun tak pasti. Tapi kemungkinan besar ianya mungkin ada benarnya memandangkan kita macam memang nak menjual Raul Meireles. Chelsea memang nampak serius benar nak bawa bekas anak buah Villa Boas ini kerana Raul memang mantap musim lepas dan dapat anugerah Pemain Pilihan Peminat EPL.
Bagi saya pertukaran dengan Sturidge boleh diberi lampu hijau kerana besar kemungkinan Ngog bakal dijual sebelum pintu perpindahan ditutup. Namun kita kena minta syarat yang Chelsea kena bayar minimun 8juta dan kita ambil Studridge sekaligus. Bagi saya Sturridge lagi sensasi dari Ngog dan telah terbukti ketika dipinjamkan oleh Chelsea ke Bolton musim lepas.
Jika semua peminat harap Raul kekal musim ini saya rasa mungkin 50-50 kerana dia seakan tidak diperdulikan oleh Kenny. Begitu jua Aquilani yang langsung tak nampak batang idung minggu lepas. Jadi keperluan untuk pertukaran ini pada hemat saya nampak macam tak perlu sebab kita seakan nak kuatkan Chelsea, namun jika Chelsea benar-benar serius dan Raul paksa Kenny jual kerana tak mahu jadi pemain simpanan.
Segalanya mungkin.
Apapun keputusan Dalglish & Comolli kita harus terima. Dengan kebanjirannya pemain2 Midfield di Liverpool, sememangnya akan membuatkan pemain2 star seperti Meireles akan merasakan peluangnya untuk berada di pemain2 utama amat tipis. Lagi2 dengan polisi Dalglish yang lebih berminat untuk menghimpunkan pemain2 Inggeris.
ReplyDelete