Ingat simpulan bahasa "Alah membeli menang memakai" yang bermaksud Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. Jadi pembelian kita musim ini walaupun nampak membazir dah hampir 100 juta pound sejak Suarez dan Carroll masuk, tapi itulah cara nak bersaing dengan kelab besar lain. Henderson dan Carroll nampak lebih kepada pelaburan masa depan namun pembelian Adam, Downing dan Suarez memberikan impak dan menambahbaikan pasukan kita musim ini.
Namun pelengkap untuk pasukan kita iaitu seorang bek kiri hampir tiba dengan kemasukan Jose Enrique yang dikatakan semakin hampir benar dah tak sampai 48jam menurut sumber yang boleh diharap. Tapi yang paling mengejutkan lagi berita terbaru yang Kenny cuba rampas Gary Cahill dari saingan Arsenal, Man City serta Chelsea. Entah betul atau tidak, namun bagi saya Cahill lebih elegan dari sasaran sebelum ini Scott Dann.
Bagi saya selagi mana Kenny dapat pemain yang menjadi pilihan utama dengan harga yang munasabah, saya rasa pasukan kita berada dalam landasan yang betul. Kita dah lama makan hati setelah terlepas beberapa pemain bintang sebelum mereka dikenali seperti Dani Alves, David Villa, Nemanja Vidic serta Ashley Young. Ini kerana pengurus sebelum ini Rafa Benitez tidak diberi peluang membeli pemain bagus tapi hanya dapat pemain gred B.
Jadi terima kasih kepada John Henry sanggup melabur dan diharap pemain dapat memberikan yang terbaik. Walaupun tekanan akibat jumlah pelaburan yang tinggi tapi saya rasa tiada pasukan yang berjaya tanpa keluar sesen pun duit untuk mengutakan barisan pemain mereka. Lihat bagaimana Arsenal yang bakal hilang pemain utama mereka kerana pengurus dan pemilik amat kedekut taik idung masin nak buang duit beli pemain.
membeli player2 dr england , bg saya adalh satu pendekatan yg bijak untuk jangka masa panjang.ini bukan saja dpt mewujudkan keserasian sewaktu bersama club ,tp bersama team england jugak .dlm erti kata lain "serasi bersama"..(klu ada internasional game pun ,travel sama2)
ReplyDeleteini paperwork dan pre-assignment dari dr. kenny daglish untuk pastikan liverpool in the top form next season. mmg mula2 game nnti mesti ada ketidakserasian dikalangan player. tapi bak kata moderator kita nnti hasil yang kita tuai iaitu dalam top 4 untuk ke UCL.klu dpt champion EPL itu satu bonus yg amat besar dan dr. kenny berjaya mengulangi sejarah 21 tahun yg lepas.
ReplyDeleteHarap2 Kenny leh tgk gak player youths .. Bley kata sumer posisi ada ... Aku harap Sterling dan Pacheco bley kekal lama kat klab nie terutamanya Pacheco yg nak pindah ... JANGANLA PINDAH !!!
ReplyDelete