Amat perit nak tengok sampai habis perlawanan lawan Swansea. Bukan kita tak berusaha tetapi pasukan mereka amat liat bebenor nak disembelih sejak awal permainan. Ketangkasan Goli mereka, Vorm tak harus dipertikai, cubaan kita yang bagus-bagus ditepis bersahaja. Memang pening nak cari jalan untuk menerobos jaring tapi apa yang saya nampak corak serangan kita amat mudah dibaca lawan.
Dengan adanya Carroll banyak bola tinggi dilancarkan namun tak banyak yang benar-benar sempoi untuk beliau. Suarez macam biasa cuma kali ini agak terbatas pergerakan beliau akibat dirantai kemas dan dibayangi setiap kali melakukan pergerakan. Pemain sayap gagal berfungsi memberikan hantaran cantik kepada penyerang dan tugas menyerang dari sayap banyak diambil alih oleh bek sisi. Manakala bek sisi juga terpaksa bekerja keras untuk menjaga pemain sayap lawan yang pantas dan licik.
Pasukan saingan kita kesemuanya mendapat keputusan cemerlang. Pasukan kita kalau masih begini pasti tertinggal untuk persaingan kelompok 4 terbaik. Persembahan flip flop sebegini amat pedih untuk diterima. Namun ianya hendaklah dijadikan pengajaran kerana tiada perlawanan mudah lagi selepas ini.
aku xtau knp hendo xmain 2nd half. patutnye adam yg kluar. dia mmg sgt malas dan just bnyk bt foul dr awal. bile xdpt bola dia tibai kaki. downing pun kena ganti dgn maxi utk 2nd half sbb dia mmg slalu pancit. last skali aku rase kelly yg patut jd first 11 bkn johnson yg mmg lembap bile bertahan. YNWA!!!
ReplyDeleteliverpool main gopoh.. masa nak attack langsung x ada plan.. main redah je.. pasai tu serangan liverpool hancur.. striker x sempat nak sampai kt kotak... tu pentingnya gerrard.. tengok kalau gerrard main.. dia hold bola dulu tarik player lawan ke atas.. cari ruang baru start serang.. ni adam melalut.. terus nak bawak bola ke depan.. aku x nafikan passing adam memang bagus tapi kreativiti n kesabaran x de.. liverpool masih perlukan gerrard.. adam dah bleh duk kat bench jadi sub..
ReplyDelete