Seorang Lejen Kopster, Steve Nicol telah memberikan pandangan menarik tentang kesangapan pasukan kita untuk sumbat gol. Dia tak salahkan Carroll mahupun Suarez 100 %, kerana terlepas peluang banyak depan gol, tapi masalah pemain tengah agak kurang membantu bebanan untuk jaringkan gol .
Contoh macam lawan Swansea sebelum ni, pemain tengah patut buat ramai dalam kotak penalti bukan hanya harap Carroll keseorangan mencelen bola. Dulu masa zaman Rafa, ada Benayoun, Kuyt dan Gerrard yang menjadi sumber gol tanpa penggantungan kepada penyerang semata-mata.
Lagi satu yang saya nak tambah pemain tengah tak rajin buat cubaan luar kotak. Samada Kenny tak kasi atau mereka memang tak ada kemahuan nak buat cubaan. Macam Kuyt dan Downing pakar rembatan tapi Adam dan Henderson pakar lencongan. Namun mereka tak gunakan kepakaran mereka apabila ada peluang. Cuba banyak kali tak apa, walaupun buang bola tapi peluang nak masuk mungkin ada.
aku sangt2 setuju ngan pandangan d'atas,p'men tgh xberapa nk menyelah or x guna kelebihan yg mereka ada,Downing kelebihannya ketika ngan kelab mlm dia adalh hntaran silang yg menarik & shoot dri luar kota,tp men ngan Liverpool...semua 2 xnmpak..
ReplyDeleteAdam adalh pemen yg leh shoot dri luar time wakil Blackpool,tp ngan liverpool..xmenyelah...harap2 semua player baru ni dpt semula angin depa...kita xleh harap 100% ats striker ja utk score gol...ni m'bebankan striker kita...harap depa leh kreatif sikit utk mencetak gol...