
Apa demam Kenny menurunkan kuartet serangan yang berbeza dari perlawanan terdahulu. Suarez bergandingan dengan Bellamy dibantu oleh Maxi dan Kuyt yang masing-masing menggantikan Downing dan Henderson. Sekali imbas apa jadah taktikal Kenny turunkan 3 kuda tua untuk apit Suarez, sudah hilang akal kot. Tapi Kenny lebih terre dari sangkaan liar saya. Dia dah skodeng kelemahan Chelsea dan buat kerja rumah kompleks dengan tidak menurunkan Carroll.
Kemasukan Maxi jadi tandatanya. Setelah Downing main baik lawan Sweden, Kenny terus simpan pemain sayap itu dan digantikan dengan Maxi yang saya anggap berkarat. Tak payah nak tunggu lama, Maxi lebih dulu menghadiahkan sejuta penghargaan buat Kenny atas kepercayaan beliau dengan menyumbat gol pembukaan. Walaupun dia sekadar menyudahkan agenda Bellamy dan Suarez, tapi kehebatan Maxi ialah dia akan selalu berada dikedudukan terbaik dalam masa sesuai.
Gol Chelsea jaringan Sturidge bagi saya berpunca dari kesilapan Adam yang gagal menyekat Moluada yang berlarian dari tengah dan melorongkan bola untuk Sturidge. Ini yang kita tak mahu sebab acapkali pemain tengah kurang berwaspada untuk menghapuskan ancaman awal. Takkan nak harap Lucas macam nak mampus kejar bola bila tiap-tiap kali pemain lawan bawak bola. Adam juga perlu lebih agresif walaupun dia hanya mampu melakukan kekasaran tapi lebih awal pemain lawan dihadang, lebih selamat situasi.
Dalam keadaan macam dah takda harapan nak memang, tetiba Adam melakukan apa yang sepatutnya dia pelajari dari kompilasi video Alonso lebih awal. Adam melakukan hantaran tinggi kearah Johnson yang tiada dikawal dihujung kawasan kiri Chelsea. Ashley Cole makan asap dipotong oleh Johnson yang melakukan rembatan leret melepasi lelaki bertopeng Batman. Johnson membuatkan seluruh dunia bertempik kegembiraan apabila Chelsea dah macam takda harapan untuk melawan.
Kemenangan kali ini amat manis kerana Villa Buas dah dijinakkan oleh Kenny dengan satu tindakan drastik yang diluar kebiasaan beliau. Saya anggap Kenny dan Clarke dah temui kembali formula kemenangan pasukan kita. Chelsea bukan tak bagus, tapi nak kalahkan mereka bukan senang jika tiada perancangan rapi. Biar Carroll, Downing dan Henderson belajar dari otai seperti Bellamy, Maxi dan Kuyt. Main kena pakai akal dan kesempatan takkan datang bergolek-golek berkali-kali. Gunakan peluang sebaik mungkin dan tak mustahil misi mustahil melawan Man Citeh tak susah yang disangka. Ameen.
szólj hozzá: Che 0-1 Liv
szólj hozzá: Che 1-2 Liv
terbaik...
ReplyDelete