Pasukan kita telah tempah tempat ke Separuh Akhir Piala Liga dengan kemenangan pagi tadi. Untuk rekod, Liverpool paling klaseman dalam piala yang cikai tapi masih berbaloi dimiliki. Kalau djaman Rafa dan Roy, diteruskan tradisi oleh Kenny juga, pasukan kedua akan diberi peluang disamping beberapa pemain tunjang dikekalkan.
Reina, Enrique, Lucas dan Henderson kekal dari barisan lawan Man City. Bellamy, Kelly, Maxi, Spearing, Carroll, Coates dan Kapten Carragher diberi peluang tunjuk kehebatan. Formasi asal 4-4-2, dengan menggunakan Carroll sebagai pemain sasaran disamping Bellamy diberi tugasan melilau keliling padang untuk jadi penyerang bebas.
Corak permainan Liverpool agak lain dari lawan Man City kerana Chelsea sangat cikai dan tak mencabar langsung, walaupun dulunya mereka amat digeruni lawan. Separuh pertama mereka telah berjaya mengatasi Liverpool 4-0 dalam kutipan kad kuning. Macam biasa Liverpool sungguh berakhlak mulia dan tak mahu menyakiti lawan seadanya. Sampaikan penalti pun, Carroll sengaja tak mahu masukkan kerana mahu jaringan anak jantan yakni gol padang, bukan saguhati pengadil.
Separuh kedua tenaga dan kehebatan Liverpool yang disimpan telah dikeluarkan sepenuhnya. Henderson telah melakukan hantaran cantik kepada Bellamy yang melorongkan bola kepada Maxi yang macam hantu raya, tiba-tiba muncul menyusup untuk menjaringkan gol pembukaan. Tak cukup dengan itu, pagi yang sedih untuk Chelse apabila kekecewaan kedua berselang hanya 5 minit. Kelly menjaringkan gol sulung musim ini apabila menyudahkan hantaran Bellamy.
Dua gol dah cukup untuk buat Abramovich hantar surat rayuan kepada Ancelotti. AVB bukan tak bagus tapi dia kena salin semua kuda tua Chelsea, dan beli semua pemain Spurs. Saya amat kasihan dengan Torres, dia paling tak menjadi semalam dan saya rasa Carroll lebih menonjol dari beliau. Kalau Chelsea tawar harga diskaun 50% untuk beli balik Torres, amat susah nak diterima kerana kepala dia dah biol dan tak boleh nak main macam zaman Rafa dulu.
Jadi amat berbaloi berjaga lewat 3 pagi menyaksikan pasukan kita mara ke Separuh Akhir. Namun harga yang terpaksa kita bayar ialah dengan kecederaan lutuit Lucas. Tak pasti ianya teruk atau tak, namun tengok cara beliau mengerang, macam makan bulan nak sembuh. Spearing calon automatik gantikan Lucas, tapi mana nak sama Abang Lucas seorang. Harap kecederan beliau tak serius hendaknya. Kalau makan bulan kena panggil balik Shevley dari pinjaman hendaknya.
No comments:
Post a Comment