Undang-undang penggantungan perlawanan bagi kad kuning bagi Liga Perdana Inggeris seperti berikut bagi yang tak tahu.
- Jika seorang pemain mengumpul 5 kad kuning antara hari pembukaan musim hingga 31 Disember pada musim yang sama, dia akan digantung secara automatik untuk satu perlawanan.
- Jika seorang pemain mengumpul 10 kad kuning antara hari pembukaan musim bermain dan hari Ahad kedua bulan April pada musim yang sama, dia akan digantung secara automatik untuk dua perlawanan.
- Jika seorang pemain mengumpul 15 kad kuning antara hari pembukaan musim bermain dan hari terakhir musim yang sama, beliau akan digantung secara automatik untuk tiga perlawanan.
- Jika seorang pemain kemudian mengumpul 5 kad kuning maka dia akan diheret di hadapan Jawatankuasa Disiplin, dalam masa tujuh hari dari tarikh kad kuning terakhir. Ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin mempunyai kuasa untuk berurusan dengan pemain dengan cara yang mereka anggap patut. Prosedur yang sama akan dikenakan bagi setiap lima lagi amaran yang diterima oleh pemain itu.
Bagi kes Gerrard, klausa pertama dia dah lepas. Namun dalam klausa no.2 dia perlu elakkan mendapat kad dalam perlawanan dengan Sunderland, Spurs dan West Ham, jika tak 2 perlawanan digantung. Dan lepas itu kalau nak kumpul lagi dah tak ada masalah sebab penggantungan musim depan bagi klausa no.3.
Brendan sangat teliti tentang perkara ini, kerana dia tahu Kapten Liverpool itu salah satu punca kecemerlangan pasukan, sampai saat ini. Dan dia taknak Gerrard telepas 2 perlawanan penting disebabkan kad kuning nanti. Nasib baiklah ada Lucas dan saya rasa beliau akan menjadi bidan terjun jika Kapten kita itu tak dapat bermain.
Minggu kedua di bulan April adalah ketika LFC menjamu city di Anfield. Saat ini setahu saya kapten sudah mengumpulkan 8 kartu kuning. Semoga dia tak menggenapinya menjadi 10, sebelum pertandingan penting itu, sebab jika Gerrard absen tentu akan sangat merugikan tim
ReplyDelete