Brendan telah berhasrat membeli pemain bintang musim depan, namun dia akur yang kejayaan bukan boleh dikecapi dari limpahan wang pound yang banyak. Pasukan yang belanja besar, macam Spurs dan Menyu, masih belum mengembalikan tuaian dari pelaburan besar mereka. Apa yang Brendan hasilkan ialah meletakkan idea dan pemain ngam dengan caranya, maka kejayaan pasti membuahkan hasil. Duit memang tak boleh buat benda cam tu.
Ianya berkaitan dari latihan, pengurusan pemain, cara berurusan dengan orang, punyai staff terbaik serta paling penting tahu apakenda yang pemain nak perjuangkan untuk karier mereka sebagai pemain Liverpool. Kesemua rangkuman yang dinyatakan telah menjadian ramuan dan diadun sepanjang Brendan berada di Anfield. Namun dalam masa yang sama, jika ada wang untuk dibelanjakan, memang satu kewajaran untuk menambahbaikkan pasukan sedia ada.
Contoh diberikan memang tepat dan kena selepat untuk pemain macam Ozil dan Mata serta majoriti pemain Spurs. Apa gunanya belanja berpuluh-puluh juta pound untuk pemain bintang tetapi, tidak dipergunakan dengan cara yang betul. Apatah lagi pemain tersebut tak menunjukkan keghairahan beraksi dengan baik. Walaupun musim Liverpool bakal dapat bermain dalam LIga Juara-Juara Eropah, dan pemain bintang bakal dibawa masuk bagi perkuatkan pasukan, kualiti tanpa kemahuan, memang buang karen.
Sye sokong brendan 300%.go go go L.F.C.YNWA.
ReplyDeleteLIVERPOOL champion EPL2013/14.YNWA.L.F.C.
ReplyDeleteInilah perkara paling penting..natijahnya perlu pemain yang berjiwa Liverpool.. Bermain kerana tanggungjawab bukan kerana wang.. Pemain perlu faham sejarah, lagu, dan harapan penyokong..
ReplyDeleteIn Brendan we trust
ReplyDelete