Takkala ramai menyaksikan Barcelona tewaskan Man City di Nou Camp, saya dengan bangganya melayan Piala Remaja FA, diantara Liverpool bawah 18 lawan Reading bawah 18. Sebetulnya saya tak kenal langsung barisan pemain kerana dibelakang jersi hanya tertera nombor. Tapi setelah perlawanan berlangsung barulah dapat sedikit demi sedikit itupun setelah dengar dari pengulas.
Ini dia barisan penuh yang diturunkan pagi semlam.
Liverpool bawah 18s: Crump, Randall (Cleary 111), Jones, Williams, Maguire, Chirivella (Trickett-Smith 68), Rossiter, Brannagan, Ojo, Wilson, Kent (Canos 68).
Subs not used: Firth, Hart,.
Saya taknak ulas panjang, cuma nak bagitahu yang ramai pemain remaja kita punyai kemahiran individu yang tinggi. Ini terutamya HarryWilson, pemain Wales yang baru bersuia 16 tahun, tetapi dah diserapkan dalam pasukan senior. Seorang lagi ialah Seyi Ojo yang banyak bermain disebelah sayap kiri berlawanan dengan Wilson dikanan.
Namun begitu yang tak seronok sikit, majoriti mereka main kurang semangat berpasukan. Ini ditunjukkan bila menyerang Wilson dan Ojo asyik nak gentel banyak, padahal ada peluang nak lepas bola awal sebab rakan dah buat larian dalam situasi terbaik. Sebab itulahnya pada awal separuh pertama, Reading dengan selamba bertahan dengan begitu baik, walaupun Liverpool menyerang bertubi-tubi.
Kantoi dua gol akibat pertahanan yang longgar. Namun ianya memang berpunca dari serang balas Reading yang efektif. Pemain tengah yang terlalu asyik naik ke atas membuatkan ada Reading mempergunakan kesemppatan itu. Bek kita Jones dan Williams memang terbaik kerana mereka masih mampu bertahan kerana serang balas Reading banyak kali dipatahkan mereka.
Hanya kemasukan Trikett-Smith dan Canos perlawanan berubah langsung. Saya tengaok budak Canos ni lain macam sikit. Dia lebih suka buat hantaran pantas kepada penyerang dari pegang biola lama-lama. Liverpool berjaya menyamakan keputsan 2-2 dan mengheret kemasa tambahan. Tapi sayang sekali dengan mendahului 4-2, pemain hilang arah dan membiarkan Reading pula menyamakan kedudukan dengan 4-4.
Penalti toksah ceritalah. Pasukan mana yang fokus dan tidak buat kesilapan pasti akan menang penalti punya. Jadi Reading berjaya memenangi perlawanan dengan 5 berbalas 4. Walaupun tewas, saya nampak masadepan cerah bagi beberapa orang pemain remaja, terutamnya Wilson, Branagan dan Canos. Tak lupa juga bek tinggi dan pantas Llyod Jones.
Brnagan tu adik flanagan ke?
ReplyDeleteentah lah sedara bau-bau bacang kot..hahaha
ReplyDelete