Corak permainan Liverpool memang sama tak berubah dari perlawanan sebelum ini. Malah dengan kesebelasan yang dikekalkan, pasukan kita sudah dapat dijangka lawan bagaimana corak dan persediaan yang perlu untuk mengekang Liverpool. Gus Poyet, pengurus muda yang bijak, cuma dia punyai barisan pemain yang sederhana. Beliau telah meletakkan 5 pemain pertahanan dan bek kiri dan kanan bertindak seperti pemain sayap ketika menyerang.
Taktik amat membuahkan hasil dari sepak mula sampailah wisel penamat. Sepanjang 30 minit pertama pasukan kita teramat seksa dan susah untuk menembusi kubu pertahanan yang meletakkan majoriti pemain depan pintu gol. Saya tak melecehkan atau merendahkan kebolehan pertahanan Sunderland walaupun permainan anti-bolasepak mereka itu berkesan. Itrulah cara bolasepak sekolah lama yang ditonjolkan Poyet dan memang kena dengan permainan agresif mereka.
Namun beberapa insden yang menampakan pengadil Kevin Friend telah menjadikan beliau "Kevin Enemy" atau musuh bagi penyerang Liverpool. Pemain pertahanan Sunderland, Vergina sepatutnya dah dibuang padang kerana mengasari Suarez yang memang dalam situasi untuk masuk kedalam kotak penalti dan Vergini memang pemain terakhir. Itu tak apalah lagi dapat kad kuning, namun selepas itu Vergini sekali lagi membentes Suarez, namun Encik Musuh, si pengadil hanya memandang sepi insiden itu. Kalau pengadil lain, saya pasti kad merah untuk bek Sunderland itu.
Percubaan Suarez yang mengambil sepakan percuma hambar, walaupun nampak macam sipi-sipi lagi nak masuk. Namun selepas itu Liverpool mendapat peluang lain setelah Sturridge pula dijatuhkan oleh O'Shea tak silap saya. Kali ini Abang Long Gerrard, pula ambil sepakan itu dari Suarez. Dan beliau tunjukkan demontrasi bagaimana nak masukkan bola kedalam gawang semudah ABC. Sepakan dari jarak 20 ela disudahkan dengan teknik lecongan padu melepasi jangkauan goli Sunderland, Manone yang hanya menepis angin. Separuh pertama tamat dengan 1-0.
Separuh kedua bermula masih dengan pasukan sedia-ada bagi kedua-dua pasukan. Serangan Liverpool nampak begitu cun setelah mendahului. Namun percubaan demi percubaan banyak yang tersasar dan juga ketamakan individu terutamanya Suarez dan Sturridge. Apa boleh buat kalau tak tamak, mana boleh Liverpool jadi pasukan penjaring terbanyak di Eropah. Rezeki gol ke-20 musim ini bagi Sturridge sampai jua. Menerima hantaran dari Henderson, Sturridge melakukan sepakan lencong dan terkena badan Wes Brown dam mebias masuk kedalam gawang Sunderland. Liverpool menambah gol lagi 2-0.
Macam saya cakap awal-awal tadi. Poyet memang padu dia punya taktik. Kalau pasukan lain dalam masa sekarang kurang-kurang dah kena 4-0. Poyet membuat pertukaran yang bakal merubah keadaan dan membuatkan peminat Liverpool yang sangat gembira, menjadi begitu panik dan tak keruan. Kemasukan Adam Johnson dan Ki Sung-Yueng, telah menjadikan Sunderland lebih garang. Gol Sunderland hadir dari sepakan sudut yang disudahkan oleh mamat K-Pop, Ki dengan tandukan setelah tiada pemain menjaga beliau. Keputusan kekal 2-1 sampai wisel penamat dibunyikan.
Tiga mata berharga dapat walaupun jumlah jaringan tak semeriah sebelum-sebelum ini. Liverpool telah berjaya mengubah tabiat lama yang suka tewas kepada pasukan bawahan pada penghujung liga. Dengan kemenangan buruk ini, Liverpool berada ditangga ke-2 hanya beza satu mata dengan Chelsea. Semakin rapat dengan Chelsea, mimpi untuk bergelar Juara Liga Perdana Inggeris kian boleh menjadi realiti. Cuma nak dapatkan kejuaraan ada halangan-halangan masih besar dan pemain diharap jangan hilang fokus.
Gol 1 tu suarez kot jatuh..hihi
ReplyDeleteFocus next game vs spurs hjg mgu ni pastu ngn chelsial n maksiti kte mkn dorg kt home, InsyaAllah mimpu 24thn will come true...ynwa
ReplyDeleteSeeing is believing..
ReplyDeleteAnything is possible for those who believe. And i believe we can get the 19th. YNWA
ReplyDeleteaku yakin LFC dapat 19... ini kali lah !
ReplyDelete.
.
.
adus panjangnye nombor 'Please prove you're not a robot'....
Robot pun dah pandai komen kat blog ni kot... #YNWA!
Delete"Please prove you're not a robot".
Deleteitu la encik PC kOKak dh lama tak komen..
dh jadi spammers hahahaha