Selepas Steven Gerrard, tiada lagi pemain tengah tempatan yang berkualiti dihasilkan oleh Akademi. Liverpool terpaksa bawa masuk pemain demi pemain, dan beberapa orang remaja tempatan yang nampak berpotensi tak seorang pun kekal lama. Paling terakhir ialah Jay Spearing dan sebelum itu John Welsh. Kini gadakah giliran Conor Coady, bekas kapten skuad simpanan yang sekarang bermain secara pinjaman dengan Shefield United, di Liga Bahagian Dua.
Prestasi Coady pada awalnya bersama "The Blade", tak berapa sempoi. Cuma sejak dua menjak ini dalam kejohanan Piala FA, pemain kurus tinggi itu melonjak nama. persembahan beliau jadi buah mulut terutamanya ketika lawan Fulham dalam suku-akhir sebelum ini. Apa yang saya nampak beliau nak lebih kurang Spearing tetapi mempunyai kepantasan dan susuk fizikal yang agak tegap.
Kekurangan beliau jelas nampak ialah kurang kepintaran dalam segi merencana gerakan. Senang cakap dia main kalut dan nak hantar cepat-cepat bola kepada rakan, tanpa memikirkan alternatif lain. Itu mungkin kerana taktik Shefieild, namun nak jadi pemain bagus,kena ada inisiatif sendiri. Ini nampak perbezaan ketara beliau dengan Gerrard ketika seusia dengan beliau.
Selagi Coady belum diberikan peluang sewajarnya. Saya takkan kata Coady bakal gagal seperti Welsh dan Spearing. Sekurang-kuranng kalau dia jadi macam Danny Murphy, dapat bertahan 3-4 musim dalam pasukan utama dah kira ok dah. Musim depan dengan Liverpool bakal bermain di Eropah, maka bebanan perlawanan makin bertambah dan pemain macam Coady harapnya dapat turut serta diberikan peranan mungkin dalam perlawanan Piala domestik.
Semoga saja Coady sanggup konsisten menampilkan yang terbaik supaya Rodgers menariknya kembali dari pinjaman
ReplyDeleteharapnya begitulah. sekian lama tiada pemain ramaja dari akademi main dalam skuad utama
Delete