Sergio Aguero masuk dan tak sempat nak basah ketiak dah berjaya menjahanamkan Liverpool. Sebenarnya gol ini paling mudah dan hanya perlu beberapa hantaran sahaja. Mulanya Goli City Hart memberikan hnatarn kepada Kompany. Kompany seterusnya menghantar pula kepada Navas dibahagian sayap. Ketika ini Aguero telah memberi isyarat tangan supaya Navas memberikan hantaran secepat mungkin kepadanya.
Posisi Lovren menyaingi Aguero mulanya tepat. Namun ketepatan dan kelajuan yang disukat oleh Navas menghasilkan hantaran yang ngam sekali untuk Aguero mengejar bola itu dan memotong Lovren sekelip mata. Mignolet sudah nampak larian Aguero dan cuba berada dalam keadaan untuk menutup ruang.
Sememangnya Aguero penyerang hebat dan bertaraf dunia. Tetapi situasi pada masa itu Mignolet tidak menutup ruang dengan baik. Disebelah kiri jelas banyak sela ruang yang jauh dari capaian Mignolet. Aguero dengan mudah merembat leret bola kedalam gawang.
Situasi ini memang nampak macam silap semua pemain Liverpool dari awal lagi. Tetapi kepantasan serangan dan kehebatan membuat keputusan pemain City saya salut. Mereka tak susah-susah nak bertiki-taka dengan hantaran beratus-ratus kali. Cukup dengan posisi dan ketepatan hantaran segalanya nampak mudah. Cuma saya sedikit terkilan dengan Mignolet yang patutnya boleh tutup ruang dengan baik namun dia sedikit alpa. Mungkin sebab tiada cabaran dari timbalan beliau Jones membuatkan Mignolet tak berapa nak bersungguh-sungguh dalam segala perkara.
please mignolet!!! tlg jd liverpool sikit.. atau next season BR bley try amik oblak..
ReplyDeletekalau tengok gambarajah pertama tu mcm perangkap offside tak jadi jer..
ReplyDeletebang..xde kelaparan dlm game ni.edisi 2014-2015 dijangka adalh saingan terhangat mrebut 4 tempat teratas..liv bakal terhumban jauh kalu xbangun dr lena dr skrg..wakeup liv dn tunjukkan siapakh gergasi kat epl ni..
ReplyDelete