Jadual kat atas untuk pusingan kedua Piala Liga atau di panggil Piala Mickey Mouse. Nak tahu kenapa sebab menurut ceritanya, sewaktu djaman Liverpool menang Piala Eropah 70an dulu, pasukan sekampung Everton menang Piala juga, tapi hanya Piala Liga. Jadi ejekan kemenangan piala yang tak berapa femes dan paling cikai, peminat Liverpool men"Troll" peminat Everton dengan gelaran Piala Mickey mouse dan lekat sehingga hari ini.
Mungkin sebab itulah Menyu sengaja tewaskan diri 4-0 dengan MK Don, sebab bagi Van Gaal ianya tak stended langsung untuk kelab berstatus gergasi bolasepah Eropah itu. Yang masih mahu piala ini teruskan dan berebutlah macam ayam patuk jagung kata peminat Menyu dengan bongkak. Bagi Liverpool yang tak kisah dengan semua tu kalau boleh nak bolot sebanyak mungkin. Ejek-ejek juga pasukan Everton, tapi rekod pasukan yang pegang piala ni sampai 8 kali, siapa lagi kalau bukan Liverpool cik abang oiii.
segaja sampai 4 gol..hehehe apapun terima kasih van gaal..selepas meneruskan rentak david moyes..teruskan berjuang.
ReplyDelete