Nasri tidak diapit rapat Coutinho, sempat melepaskan hantaran lecong mencari David Silva yang sedang meluru masuk kedalam kotak penalti. Ketika itu Gerrard telah mengawasi Silva dan mengejar rapat kewasan penalti. Lovren masih belum bertindak.
Silva mengawal bola cantik. Diapit Lovren dan Gerrard. Namun beliau cuba bertindak bijak, mengumpan bola tinggi. Lovren telah menghalang dengan melakukan tandukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Allen dan Moreno tidak menghidu dan merasakan bahaya sedang mengintai dari belakang iaitu Jovetic.
Kealpaan Allen dan Moreno memakan diri. Moreno yang tak sedar Jovetic dibelakang cuba mengeluarkan bola. Namun kedatangan Jovetic tanpa diduga menghadang bola membuatkan Moreno menyepak angin. Mignolet nampak macam bersedia mengahdapi situasi. Lovren masih belum bergerak mungkin agak terkejut kerna berharap Moreno dapat mengeluarkan bola
Moreno masih terpinga-pinga. Ketika itu Lovren meluru masuk serta cuba menghadang cubaan Jovetic, tetapi sudah terlambat. Jovetic melakukan sepakan padu. Mignolet sedang menutup ruang dengan baik.
Hadangan Lovren sedikit terlambat. Sasaran Jovetic bukan ke penjuru sebelah kanan Mignolet. Tapi dia nampak Mignolet tidak menjaga kangkangan dengan baik. Sepakan leret tepat masuk dicelah kangkangan Mingnolet dan gol tak dapat dielakkan.
Ianya dapat dielakkan lebih awal jika Gerrard berusia 25 tahun. Gerrard sekarang dah tak sepantas dulu. Kalau Emre yang berada dalam situasi itu mungkin bola hantaran Nasri ditanduk keluar awal atau sekurang-kurangnya Silva tak dapat nak bergerak lincah nak pegang bola dengan selamba. Allen juga bila dah nampak Jovetic masuk tak cuba berada untuk mencelen bola. Hanya jadi pemerhati bebas tanpa beri amaran kepada Moreno yang memang tak sedar bahaya datang dari belakang. Mignolet punya refleksi tak sama macam dia di Sunderland.
No comments:
Post a Comment